
Lindungi Kargo Anda dengan Insurans Marin yang Disesuaikan - Insurans Kargo Marin
Lindungi kargo anda.
Apabila barangan anda diangkut ke seberang dunia, anda pasti mahukan ketenangan fikiran dengan mengetahui kepentingan perniagaan anda diinsuranskan dan dilindungi.
Di Zurich, kami menawarkan penyelesaian dan perlindungan yang disesuaikan untuk syarikat besar dan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) dengan pendedahan marin domestik dan antarabangsa mengikut undang-undang dan peraturan.

Kargo Marin
Kargo Marin menyediakan perlindungan untuk barangan dan dagangan anda terhadap pelbagai pendedahan marin dan akibat kewangan semasa pergerakan melalui laut, udara, kurier, darat atau kereta api.
Insurans Kargo Marin melindungi risiko kehilangan atau kerosakan fizikal terhadap barangan dan dagangan semasa dalam transit menggunakan apa-apa kaedah pengangkutan di mana-mana sahaja di seluruh dunia.
Insurans Kargo Projek direka untuk melindungi risiko luar biasa yang berkaitan dengan projek-projek khas. Perlindungan boleh diberikan terhadap kehilangan pendapatan perniagaan akibat kehilangan atau kerosakan yang berlaku semasa penghantaran—sama ada melalui laut, udara atau darat—yang menyebabkan kelewatan dalam memulakan projek.

Liabiliti Marin
Liabiliti Marin menyediakan penyelesaian perlindungan kepada syarikat yang terlibat dalam industri marin, perkapalan antarabangsa dan logistik.
Polisi ini melindungi liabiliti undang-undang dan liabiliti kontrak sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan terhadap barangan dan dagangan yang berada di bawah jagaan, kawalan dan tanggungjawab anda.
Temui Ejen Insurans Zurich

Temui Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM di laman web Zurich General Insurance Malaysia atau laman web PIDM.