Insurans Liabiliti Produk

Lindungi Perniagaan Anda daripada Kecacatan Produk - Insurans Liabiliti Produk

Perlindungan terhadap kos kewangan sekiranya produk anda menyebabkan kerugian kepada pihak lain.

Polisi ini melindungi liabiliti undang-undang Pihak Diinsuranskan untuk membayar pampasan kepada pihak ketiga bagi kecederaan anggota badan atau kerosakan harta benda yang timbul daripada tuntutan bertulis yang pertama kali dibuat dalam tempoh insurans. Tuntutan tersebut mestilah berpunca daripada kemalangan yang disebabkan oleh produk yang cacat dan telah dibekalkan, diedarkan atau dijual. Liabiliti akibat kecacatan produk boleh timbul daripada kecuaian dalam proses pembuatan, reka bentuk, penyimpanan, pembungkusan atau pemasaran, termasuk maklumat produk yang mengelirukan, kegagalan memberikan amaran yang mencukupi atau arahan penggunaan yang tidak memadai.

Syarikat akan membayar kepada atau bagi pihak Pihak Diinsuranskan sehingga Had Liabiliti sekiranya Pihak Diinsuranskan bertanggungjawab di sisi undang-undang untuk membayar pampasan bagi:

a) Kecederaan anggota badan yang dialami oleh pihak ketiga; dan/atau
b) Kerosakan kepada harta benda ketara milik pihak ketiga,

yang berpunca daripada sifat, keadaan atau kualiti produk yang telah dikilang, dijual, dibekalkan, diedarkan, dipasang, diservis atau dirawat oleh Pihak Diinsuranskan, selepas produk tersebut tidak lagi berada di bawah jagaan atau kawalan Pihak Diinsuranskan.

Temui Ejen 
Insurans Zurich 

Hantar pertanyaan untuk mesyuarat dengan Ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Cari Cawangan Zurich Terdekat Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful Kami

Manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM di laman web Zurich General Insurance Malaysia atau laman web PIDM.