
Insurans Jaminan Kontrak atau Bon
Membantu mengurangkan kerugian kewangan akibat pelanggaran kontrak dalam projek atau urus niaga berskala besar.
Bon ialah sejenis kontrak yang lazimnya dikeluarkan dalam bentuk Jaminan Bank atau Jaminan Insurans. Jaminan ini diberikan oleh penjamin (Surety) yang bersetuju untuk memikul tanggungjawab terhadap pelaksanaan obligasi kontrak yang dipersetujui antara dua pihak sekiranya pihak yang bertanggungjawab gagal memenuhi obligasi tersebut.
Bon digunakan secara meluas dalam pelbagai urus niaga antara individu dan syarikat. Secara amnya, bon bukanlah satu bentuk perniagaan insurans. Namun begitu, memandangkan syarikat insurans merupakan institusi kewangan yang diiktiraf, jaminan yang dikeluarkan oleh syarikat insurans diterima sebagai alternatif kepada jaminan bank. Oleh itu, syarikat insurans turut terlibat dalam perniagaan bon, khususnya bagi bon yang berkaitan dengan projek yang turut memerlukan perlindungan insurans lain seperti Insurans Semua Risiko Kontraktor / Pemasangan (Contractors' / Erection All Risks), Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Pampasan Pekerja.
Di bawah Garis Panduan Pengunderaitan Bon PIAM, jumlah keseluruhan perniagaan bon yang boleh diunderait oleh sesebuah syarikat insurans dihadkan kepada 5% daripada jumlah premium kasar syarikat berdasarkan tahun kewangan sebelumnya. Had ini merangkumi bukan sahaja perniagaan baharu, malah lanjutan kontrak sedia ada.
Ciri-ciri utama bon:

Bon yang telah dikeluarkan tidak boleh dibatalkan sebelum tarikh tamat tempohnya.

Semua bon yang dikeluarkan kepada kontraktor bagi projek kerajaan merupakan Bon Tuntutan (Demand Bond). Bon ini dirangka supaya pemegang bon boleh membuat tuntutan tanpa perlu memberikan sebab atau penjelasan. Penanggung insurans wajib membuat pembayaran sebaik sahaja tuntutan diterima, walaupun terdapat pertikaian atau bantahan daripada kontraktor, penanggung insurans atau mana-mana pihak ketiga.
Temui Ejen Insurans Zurich

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Manfaat yang perlu dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM di laman web Zurich General Takaful Malaysia atau laman web PIDM.