Zurich 3asyCare

Perlindungan Penyakit Kritikal Asas – Zurich 3asyCare

Perlindungan asas untuk saat-saat paling kritikal dalam hidup.

Perlindungan asas untuk saat-saat paling kritikal dalam hidup. Setiap tahun, semakin ramai rakyat Malaysia disahkan menghidap penyakit kritikal. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila peringkat kehidupan, dan memberi kesan emosi serta kewangan kepada anda dan insan tersayang. Zurich 3asyCare ialah pelan perlindungan penyakit kritikal yang menyediakan perlindungan sehingga Hayat yang Diinsuranskan mencapai umur 80 tahun.

Bagi memberikan bantuan kewangan tambahan, Manfaat Penjagaan Khas (Special Care Benefit) sebanyak 10% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan akan dibayar dalam tempoh 1 hari bekerja*.

*Tertakluk pada penyerahan set lengkap dokumen yang diperlukan sebelum jam 2.00 petang.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen i-Mula 50, sila rujuk Terma dan Syarat. DI SINI.

 

Notis Penting Mengenai Perlindungan Pendapatan

Perlindungan pendapatan – iaitu keupayaan untuk memastikan kestabilan kewangan walaupun berdepan krisis seperti penyakit berpanjangan, hilang upaya atau kematian – memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dan insan tersayang. Namun begitu, masih ramai keluarga yang mempunyai jurang perlindungan pendapatan, iaitu tidak mempunyai pampasan kewangan yang mencukupi sekiranya berlaku pengurangan atau kehilangan pendapatan isi rumah akibat kejadian yang tidak dijangka. Untuk membuat anggaran pantas tentang jumlah perlindungan insurans/takaful yang sesuai mengikut bajet dan keperluan anda, cuba Kalkulator Jurang Perlindungan dan Bajet.

Biarkan Zurich 3asyCare membantu meringankan beban kewangan anda ketika berdepan saat-saat yang tidak dijangka. Nikmati perlindungan segera untuk 3 penyakit kritikal yang paling kerap didiagnosis di Malaysia.


 

Perlindungan Asas Penting

Pelan ini melindungi sehingga 3 penyakit kritikal yang paling lazim didiagnosis serangan jantung, strok, kanser.

Perlindungan Sehingga Umur 80 Tahun

Nikmati perlindungan sehingga umur 80 tahun dengan Jumlah Asas Diinsuranskan sehingga RM100,000.

Bantuan Kewangan Tambahan

Terima bayaran tambahan melalui tuntutan Manfaat Penjagaan Khas¹ bersamaan 10% daripada Jumlah Asas Diinsuranska

Mudah & Pantas

Permohonan tanpa pemeriksaan perubatan dan tanpa soal selidik yang panjang.

Premium Mampu Milik

Nikmati perlindungan bermula serendah RM0.50 sehari.

Tuntutan Dalam Tempoh Satu Hari

Terima bayaran Manfaat Penjagaan Khas dalam tempoh 1 hari bekerja².

Nota:
1Manfaat Penjagaan Khas hanya terpakai kepada bukan perokok.
2Bayaran dalam tempoh satu (1) hari bekerja hanya terpakai apabila set lengkap dokumen yang diperlukan diterima sebelum jam 2.00 petang.

Anda boleh memilih salah satu pelan berikut mengikut keperluan anda.
 SilverGold
Tempoh PerlindunganSehingga umur 80 tahun
Umur Kemasukan (umur pada hari lahir terakhir)Minimum 18 tahun, Maksimum 50 tahun
Penyakit Kritikal yang Dilindungi
  • Serangan Jantung
  • Strok
  • Serangan Jantung
  • Strok
  • Kanser
Jumlah Asas DiinsuranskanPilihan 1: RM50,000
Pilihan 2: RM100,000
Manfaat Penjagaan Khas110% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan         3asyCare

Sekiranya Hayat yang Diinsuranskan disahkan menghidap mana-mana penyakit kritikal yang dilindungi, 100% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan akan dibayar, di samping Manfaat Penjagaan Khas¹ sebanyak 10% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan.

Nota:
1Manfaat Penjagaan Khas hanya terpakai kepada bukan perokok.
*Tertakluk pada penyerahan set lengkap dokumen yang diperlukan sebelum jam 2.00 petang.

Pelan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 50 tahun (umur pada hari lahir terakhir).

Untuk membuat penamaan benefisiari, sila lengkapkan Borang Penamaan dan serahkan borang tersebut di cawangan  Zurich yang berhampiran.

Langkah 1

Document

Sediakan dokumen yang diperlukan seperti yang disenaraikan di bawah.

Langkah 2

Document Validation

Lengkapkan borang yang berkaitan dan minta doktor yang merawat anda melengkapkan Borang Penyataan Doktor (jika berkenaan).

Langkah 3

Document Checked

Pastikan semua dokumen lengkap dan serahkan melalui ejen perkhidmatan anda atau di cawangan Zurich yang berhampiran.

Langkah 4

Email

Semak status tuntutan anda dengan menghubungi 1-300-888-622 atau menghantar pertanyaan kepada kami.

A. Dokumen Wajib:
1. Borang Penyataan Penuntut
2. Salinan Disahkan Benar (CTC) Kad Pengenalan / Pasport / Kad Pemastautin Penuntut
3. Soal Selidik Perubatan Sulit (Confidential Medical Questionnaire - CMQ) atau Soal Selidik Tuntutan Hayat mengikut penyakit yang dituntut: 

 

4. Salinan Disahkan Benar (CTC) laporan pengimejan diagnostik atau laporan selepas pembedahan yang berkaitan
5. Salinan Disahkan Benar (CTC) laporan histopatologi / histologi (untuk tuntutan kanser sahaja)

B. Dokumen Tambahan (Jika Berkenaan)
1. Salinan Disahkan Benar (CTC) laporan perubatan lain
2. Polisi asal
3. Surat Persetujuan Asal (4 salinan)

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tuntutan, sila hubungi kami di 1-300-888-622 atau tulis kepada kami.

Nota Penting:
1. CTC bermaksud Salinan Disahkan Benar (Certified True Copy).
2. Bagi mempercepatkan proses tuntutan, sila pastikan semua dokumen yang diperlukan diserahkan.
3. Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Ketua Pengurus Agensi Zurich / Pegawai Zurich / Pesuruhjaya Sumpah / Hakim / Majistret / Peguam.
4. Senarai dokumen ini hanyalah panduan untuk penyerahan tuntutan. Syarikat berhak meminta maklumat atau dokumen tambahan sekiranya perlu.

Temui Ejen Insurans Zurich

Hantar pertanyaan untuk pertemuan Ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Cari Cawangan Zurich Terdekat Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich kami

Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful Kami

Nota: Produk ini ialah produk perlindungan tulen, yang tujuan utamanya adalah untuk memberikan perlindungan bagi kejadian-kejadian tertentu yang dilindungi. Anda tidak seharusnya mengharapkan sebarang pulangan pelaburan sepanjang tempoh polisi atau apabila polisi matang. Produk ini diedarkan dan dijual tanpa melalui mana-mana perantara.

Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.

Anda mungkin juga berminat dengan:

Zurich MediCash

Melindungi pendapatan anda semasa anda dalam proses pemulihan.

Zurich Direct Term

Lindungi orang tersayang anda daripada hutang. Lindungi masa depan mereka hari ini.