Zurich Direct Term

Perlindungan Hayat Bertempoh Asas untuk Anda dan Orang Tersayang – Zurich Direct Term

Lindungi orang tersayang daripada beban hutang. Lindungi masa depan mereka hari ini.

Orang tersayang amat bermakna dalam hidup anda. Sudah tentu anda ingin memastikan masa depan mereka sentiasa terjamin agar mereka dapat menikmati kehidupan yang anda impikan untuk mereka. Itulah sebabnya anda berusaha keras membina asas kewangan yang kukuh untuk keluarga.

Sebahagian penting daripada asas tersebut ialah memastikan anda mempunyai jaringan keselamatan kewangan sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada anda. Zurich Direct Term memberikan perlindungan tersebut pada kos yang berpatutan.

Zurich Direct Term ialah pelan insurans hayat bertempoh tanpa penyertaan (non-participating) yang menyediakan perlindungan asas untuk anda dan orang tersayang dalam menghadapi ketidaktentuan hidup. Dengan pelan ini, anda dan keluarga akan lebih bersedia menghadapi masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen i-Mula 50, sila rujuk Terma dan Syarat DI SINI.

 

Notis Penting Mengenai Perlindungan Pendapatan

Perlindungan pendapatan – iaitu keupayaan untuk memastikan kestabilan kewangan walaupun berdepan situasi seperti penyakit berpanjangan, hilang upaya atau kematian – memainkan peranan penting dalam kehidupan anda dan orang tersayang. Namun begitu, masih terdapat jurang perlindungan pendapatan dalam kalangan banyak keluarga yang tidak mempunyai pampasan kewangan sekiranya berlaku pengurangan atau kehilangan pendapatan isi rumah akibat kejadian yang tidak dijangka. Untuk mendapatkan anggaran jumlah perlindungan insurans / takaful yang sesuai berdasarkan bajet dan keperluan anda, cuba gunakan Kalkulator Jurang Perlindungan dan Bajet.

Pilihan Perlindungan Sehingga RM500,000

Pelan ini menawarkan 6 pilihan jumlah perlindungan untuk membantu anda menghadapi perkara yang tidak dijangka. Anda boleh memilih Jumlah Diinsuranskan yang paling sesuai bagi memastikan anda dan keluarga mendapat perlindungan kewangan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD).

Zurich Direct Term - Pilihan Perlindungan
Tempoh Perlindungan yang Fleksibel

Anda boleh menyesuaikan tempoh perlindungan mengikut keadaan kewangan dan keperluan anda. Fleksibiliti ini membolehkan anda merancang perlindungan yang sesuai seiring perubahan dalam kehidupan.

Zurich Direct Term - Perlindungan Fleksibel Tempoh
Tiada Pemeriksaan Perubatan Diperlukan

Lebih mudah dan tanpa kerumitan. Anda tidak perlu menjalani pemeriksaan perubatan untuk mendapatkan perlindungan. Hanya jawab beberapa soalan ringkas dan lengkapkan permohonan anda secara dalam talian.

Sila gunakan Kalkulator Jurang Perlindungan dan Bajet untuk menentukan jumlah perlindungan yang anda perlukan serta premium yang mampu anda bayar.

Sesiapa yang berumur antara 18 hingga 50 tahun layak membeli pelan ini.

Untuk menamakan benefisiari anda, sila lengkapkan Borang Pencalonan dan serahkan borang tersebut di cawangan Zurich yang terdekat.

Langkah 1

Document

Sediakan semua dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan di bawah.

Langkah 2

Step 2

Lengkapkan borang yang diperlukan dan dapatkan doktor yang merawat anda untuk melengkapkan Borang Penyata Doktor (Physician's Statement) jika berkenaan.

Langkah 3

full documents

Pastikan semua dokumen yang diperlukan lengkap sebelum mengemukakannya di cawangan Zurich yang terdekat.

Langkah 4

Email

Semak status tuntutan anda dengan menghubungi kami di 1-300-888-622 atau menghantar pertanyaan kepada kami secara bertulis.

A. Dokumen Wajib:
1. Borang Penyata Penuntut (Claimant's Statement Form)
2. Salinan Sah Benar (CTC) MyKad / Pasport / Kad Pemastautin Penuntut
3. Salinan Sah Benar (CTC) Sijil Kematian


 

B. Dokumen tambahan (jika berkenaan):
1. Salinan Sah Benar (CTC) Sijil Perkahwinan (jika penuntut ialah pasangan) atau Sijil Kelahiran Penuntut (jika penuntut ialah anak) atau Sijil Kelahiran Si Mati (jika penuntut ialah ibu bapa) sebagai bukti hubungan
2. Kontrak Polisi Asal
3. Surat Persetujuan Asal (4 salinan)
4. Salinan Sah Benar (CTC) laporan kematian di luar negara daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) (jika Hayat Diinsuranskan meninggal dunia di luar negara)
5. Surat Kuasa Mentadbir / Geran Probet / Perintah Pembahagian (bagi polisi tanpa penamaan)
6. Salinan Sah Benar (CTC) MyKad / Pasport / Kad Pemastautin Si Mati


 

C. Dokumen yang perlu dilengkapkan sekiranya kematian disebabkan penyakit atau sebab semula jadi:
1. Borang Penyata Doktor  (Physician's Statement Form) (bagi polisi yang tempohnya kurang daripada 2 tahun dari Tarikh Pengeluaran atau Tarikh Penguatkuasaan Semula, yang mana terkemudian)


 

D. Dokumen yang perlu dikemukakan sekiranya kematian disebabkan kemalangan:
1. Salinan Sah Benar (CTC) Laporan Bedah Siasat / Laporan Koroner (bagi polisi yang tempohnya kurang daripada 5 tahun dari Tarikh Pengeluaran atau Tarikh Penguatkuasaan Semula, yang mana terkemudian) 5 tahun dari Tarikh Pengeluaran atau Tarikh Penguatkuasaan Semula, yang mana lebih lewat)
2. Salinan Sah Benar (CTC) Laporan Toksikologi (jika ada)
3. Salinan Sah Benar (CTC) Laporan Polis
4. Keratan akhbar (jika ada). Sila terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sekiranya artikel tersebut ditulis dalam bahasa lain.

Sekiranya anda ingin berbincang mengenai tuntutan atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila hubungi kami di 1-300-888-622 atau hantarkan pertanyaan kepada kami secara bertulis.

Nota Penting:
1. CTC = Salinan Sah Benar (Certified True Copy).
2. Bagi memudahkan proses tuntutan, sila kemukakan semua dokumen yang diperlukan.
3. Salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pengurus Agensi Utama Zurich, Pegawai Zurich, Pesuruhjaya Sumpah, Hakim, Majistret atau Peguam Cara.
4. Senarai dokumen yang diperlukan bagi tuntutan Insurans Hayat ini hanyalah sebagai panduan untuk pengemukaan tuntutan. Syarikat berhak meminta maklumat atau dokumen tambahan sekiranya difikirkan perlu.

Temui Ejen Insurans Zurich

Hantar pertanyaan untuk pertemuan ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Cari Cawangan Zurich Terdekat Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful Kami

Nota: Ini adalah produk perlindungan tulen di mana tujuan utama produk ini adalah untuk memberikan anda perlindungan bagi acara-acara tertentu yang dilindungi. Anda tidak seharusnya mengharapkan sebarang pulangan pelaburan sepanjang tempoh polisi atau apabila polisi matang. Produk ini diedarkan dan dijual tanpa melalui mana-mana perantara.

Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.

Anda Mungkin Juga Berminat dengan:

Zurich ValueLife

Melindungi setiap detik berharga dalam kehidupan.

Zurich FlexiLife Plus

Melindungi setiap detik berharga dalam kehidupan.