Menangani Kolesterol Jahat

Article6 Oktober 2019

Share this

Menangani Kolesterol Jahat

5 Cara Mengekalkan Paras Kolesterol yang Sihat

Dalam era moden ini, kita sentiasa mengejar – mengejar tarikh akhir dan jadual sambil berusaha untuk kehidupan yang lebih baik. Tanpa disedari, kejaran berterusan ini mencetuskan tahap tekanan yang lebih tinggi dan tabiat gaya hidup tidak sihat yang menyebabkan paras kolesterol kita menjadi tidak seimbang.

Kolesterol ialah komponen seakan lemak dalam membran sel kita dan kebanyakannya dihasilkan oleh hati untuk menghasilkan molekul seperti hormon, vitamin larut lemak dan asid hempedu bagi membantu anda menghadam makanan. Jika dibiarkan tanpa kawalan, ia boleh menyebabkan arteri tersumbat dan pelbagai masalah kesihatan. Sebelum anda menganggap kolesterol sebagai musuh kesejahteraan anda, penting untuk diingat bahawa terdapat kolesterol baik dan kolesterol jahat. Ini ialah lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) yang merupakan salah satu penyumbang utama kepada penyakit jantung dan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) yang melindungi anda daripadanya dengan mengangkut kolesterol ke hati dan menjauhkannya daripada menyumbat dinding salur darah anda.

Kolesterol tinggi meletakkan anda pada risiko pelbagai penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung koronari, diabetes, strok, tekanan darah tinggi dan penyakit vaskular periferi. Tetapi jangan risau! Perubahan gaya hidup boleh membantu anda mengekalkan paras kolesterol yang sihat. Ikuti sahaja 5 tip mudah ini untuk diri anda yang lebih sihat!

 

1. Ambil Lemak Sihat

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, penyakit jantung kekal sebagai salah satu punca utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia hingga ke hari ini. Untuk memastikan apa yang anda makan tidak terus memberi kesan kepada jantung anda, mari kita lihat dengan lebih dekat! Jika anda biasa mengambil lemak tepu atau makanan tidak sihat sebagai sebahagian daripada diet anda, ini ialah cabaran yang menarik untuk anda:

  • Makan daging tanpa lemak, ayam dan ikan – pastikan anda membuang lemak yang kelihatan pada daging dan kulit pada ayam.
  • Kukus, rebus, bakar atau panggang – elakkan menggoreng makanan dan sayur-sayuran kerana ia mengurangkan nutrien dan meningkatkan jumlah kalori.
  • Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran – tambahkan lebih banyak warna (semula jadi) untuk diet seimbang dan kehidupan lebih sihat. Berikut ialah tip ringkas – makan pelangi buah-buahan dan sayur-sayuran!
  • Gunakan herba dan rempah sebagai perasa – elakkan menggunakan pes segera atau sos, mentega dan marjerin yang tinggi kalori.
  • Pastikan anda membaca bahan kandungan – sebelum membeli, pastikan makanan anda tidak mengandungi jumlah lemak tepu yang tinggi. Daging diproses dan snek berbungkus biasanya antara penyebab utama.

2. Hadkan Pengambilan Gula

Kita memang suka menikmati hidangan manis sekali-sekala – hari jadi, kenaikan pangkat atau sekadar menceriakan diri selepas hari yang panjang. Walaupun gula ialah bahan penting dalam diet kita, pengambilan berlebihan boleh membawa kepada risiko lain seperti diabetes dan obesiti.

  • Elakkan lemak terhidrogen – biasanya terdapat dalam marjerin, mentega kacang dan produk bakeri berbungkus
  • Pilih bahan organik atau semula jadi untuk sarapan manis – pilih pengawet buah, jem organik, madu atau sirap untuk dimakan bersama lempeng dan roti bakar anda
  • Tukar ais krim anda kepada pencuci mulut sejuk yang lebih sihat - gelato, ais krim susu atau sorbet buah sama sedap, malah lebih sihat

3. Capai Berat Badan yang Sihat

Jika anda tertanya-tanya sama ada anda kurang berat badan atau berlebihan berat badan, rujuk doktor anda untuk pemeriksaan penuh Indeks Jisim Badan (BMI). Mengenali tubuh anda ialah motivasi yang baik untuk anda menjaganya dengan lebih baik. Jika BMI anda tidak sihat, anda terdedah kepada risiko penyakit jantung, penyakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser.

4. Ambil Alkohol Secara Sederhana

Adakah anda kerap mengambil alkohol? Mengapa anda perlu mengawal pengambilan alkohol? Ini kerana jenis minuman yang berbeza mempunyai jumlah kalori yang berbeza-beza yang, jika tidak dikawal, boleh membawa kepada pelbagai risiko.

Sebagai contoh, jumlah ideal bagi pengambilan alkohol secara sederhana untuk wanita ialah satu minuman sehari manakala lelaki boleh mengambil dua. Satu minuman bersamaan dengan:

  • Botol atau bir biasa (12 auns)
  • Segelas wain (5 auns)
  • Satu syot minuman keras atau spirit seperti gin, rum dan vodka (1.5 auns)

5. Kekal Aktif

Senaman berkala membantu melengkapkan diet sihat anda kerana ia membakar lebihan kalori sebelum ia menjadi lemak badan. Kekal aktif membantu memastikan paras kolesterol anda seimbang. Daripada senaman intensiti rendah seperti berjalan kaki hingga latihan bebanan intensiti tinggi, kekerapan senaman yang ideal ialah 30 minit sehari, lima kali seminggu untuk memperbaiki paras kolesterol dan mengurangkan risiko kesihatan.

Caranya adalah dengan terus bergerak!

Mencegah lebih baik daripada merawat

Kolesterol tinggi kekal sebagai punca kepada banyak penyakit tidak berjangkit yang telah menyebabkan kira-kira 73% kematian dalam kalangan rakyat Malaysia. Statistik daripada Kementerian Kesihatan ini menekankan betapa seriusnya isu ini yang berakar umbi dalam tabiat gaya hidup negara.

Menjaga kesihatan anda boleh membantu melindungi orang tersayang daripada kesedihan, dan menjimatkan beberapa ringgit. Dengan membuat perubahan gaya hidup ini dan mengurus paras kolesterol anda, anda mungkin dapat mengelakkan kos rawatan perubatan dan bil hospital yang semakin meningkat.

Walaupun ini ialah permulaan yang baik ke arah diri yang lebih sihat, mendapatkan perlindungan insurans sebagai langkah berjaga-jaga amat disyorkan. Membeli pelan yang tepat untuk melindungi kesihatan anda boleh menyelamatkan nyawa anda.

Seperti kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat! Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jadi, ambillah langkah berjaga-jaga itu, lakukan perubahan dan pastikan perlindungan yang mencukupi supaya anda dan orang tersayang dapat menikmati kehidupan sepenuhnya!

 

Artikel di atas dibawakan kepada anda oleh Zurich Malaysia. Ia bertujuan untuk tujuan pendidikan dan maklumat sahaja; kandungannya tidak membentuk sebarang pernyataan kontrak. Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan Zurich Malaysia, sila hubungi Pusat Panggilan Syarikat atau layari laman web Syarikat di www.zurich.com.my. Zurich Malaysia tidak menerima sebarang tanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang mungkin timbul, secara langsung atau tidak langsung, akibat daripada pergantungan pada maklumat yang terkandung dalam artikel ini.