Zurich Malaysia: Menetapkan Penanda Aras dalam Komitmen terhadap Pelanggan dan Impak Mampan
1 November 2023
Zurich Malaysia menerajui usaha dalam penjagaan pelanggan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar, sekali gus menetapkan penanda aras dalam industri insurans dan takaful.
Dunia penyelesaian insurans dan takaful sentiasa berubah seiring dengan keperluan pelanggan yang semakin berkembang, risiko sosial yang sentiasa berubah serta penekanan yang lebih tinggi terhadap inovasi dan kelestarian. Bagi menyesuaikan diri dengan perubahan dinamik ini, Zurich Malaysia telah memposisikan dirinya sebagai sebuah organisasi korporat yang bertanggungjawab, dengan komitmen terhadap pelanggan, alam sekitar, rakan kerjasama dan warga kerjanya.
Komitmen ini telah diiktiraf di Insurance Asia Awards 2023, apabila Zurich Malaysia menerima anugerah berprestij Customer Service Initiative of the Year. Pengiktirafan ini membuktikan dedikasi Zurich Malaysia untuk melangkaui standard kebiasaan dengan memastikan setiap interaksi bersama pelanggan diberikan pada tahap kualiti dan kecemerlangan yang tertinggi.
Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif Negara/Ketua Zurich Malaysia berkata: "Kami amat berbesar hati menerima anugerah Customer Service Initiative of the Year di Insurance Asia Awards 2023. Pengiktirafan ini mengukuhkan komitmen Zurich Malaysia terhadap ‘Care For What Matters’ sambil terus mengamalkan pendekatan yang inovatif. Usaha berterusan kami dalam mempertingkatkan pengalaman pelanggan mencerminkan keprihatinan kami terhadap warga kerja dan pelanggan."
Menyedari keperluan rakyat Malaysia yang semakin berubah dalam era digital, Zurich Malaysia telah mengintegrasikan teknologi secara menyeluruh ke dalam perkhidmatannya. Dengan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan analitik data, Zurich Malaysia telah mentransformasikan pengalaman khidmat pelanggan melalui proses yang lebih moden, cekap dan diperibadikan.
Merealisasikan keprihatinan melalui kempen ‘Care For What Matters’
Zurich Malaysia terus membezakan dirinya sebagai peneraju dalam industri insurans dan takaful dengan komitmen berterusan terhadap inovasi serta pembangunan produk dan penyelesaian yang berteraskan pelanggan. Sebagai satu-satunya jenama global yang memiliki keempat-empat lesen insurans dan takaful, Zurich Malaysia menawarkan rangkaian penyelesaian insurans dan takaful yang komprehensif di bawah satu jenama bagi memenuhi keperluan perlindungan setiap pelanggan.
Bagi mengukuhkan lagi komitmennya dalam membina masa depan yang lebih cerah melalui impak positif, Zurich Malaysia telah melancarkan kempen jenama ‘Care For What Matters’, yang merangkumi pelbagai inisiatif bermakna bagi memupuk rasa tanggungjawab terhadap perkara yang benar-benar penting. Junior Cho turut berkata: "Kami percaya bahawa tindakan yang diambil hari ini akan membentuk masa depan yang lebih cerah. Kempen ‘Care For What Matters’ merupakan kesinambungan usaha kami dalam menyokong dan mengambil berat terhadap masyarakat daripada pelbagai lapisan. Ia mencerminkan tekad kami untuk membina masa depan yang lebih baik buat rakyat Malaysia — bukan sahaja dari segi keselamatan kewangan, malah dari aspek sosial dan alam sekitar."
Kelestarian merupakan antara fokus utama Zurich Malaysia, seperti yang dibuktikan melalui kerjasama dengan Tropical Rainforest Conservation & Research Centre (TRCRC). Menerusi projek Zurich Cares, Zurich Malaysia komited terhadap usaha pemulihan hutan dan pemerkasaan komuniti di Merisuli, Sabah. Sehingga Ogos 2023, lebih 4,169 pokok daripada spesies terancam, nadir dan berisiko telah ditanam, melepasi sasaran asal sebanyak 3,000 pokok.
Selain itu, Zurich Malaysia turut melancarkan Urban Climate Resilience Program (UCRP) dengan kerjasama Z Zurich Foundation. Program ini bertujuan membina komuniti yang mampan dan berdaya tahan agar mampu menghadapi, pulih dan terus berkembang walaupun berdepan bencana berkaitan perubahan iklim. Program ini turut disokong oleh C40 Cities Climate Leadership Group (C40) dan Global Resilient Cities Network (R-Cities) yang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di Kuala Lumpur dan Melaka. Zurich Malaysia berhasrat menjadi peneraju dalam membawa perubahan bermakna terhadap sistem adaptasi bandar di Malaysia, sekali gus memperkukuh sokongan kepada golongan yang paling terdedah.
Inisiatif Impak Komuniti
Komitmen Zurich Malaysia tidak terhad kepada pemeliharaan alam sekitar semata-mata. Sepanjang tahun lalu, Zurich telah melaksanakan pelbagai program bagi menyokong organisasi dan komuniti tempatan, termasuk sumbangan derma dan zakat. Di samping itu, Zurich Community Week turut dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental melalui kuasa seni yang mampu membawa perubahan positif. Melalui pelbagai inisiatif pelaburan komuniti, Zurich Malaysia berusaha memberikan impak yang berkekalan kepada masyarakat, di samping mengingatkan rakyat Malaysia tentang pentingnya menjaga diri sendiri dan orang di sekeliling.
Perjalanan Zurich Malaysia ditentukan oleh usaha-usaha yang melangkaui operasi perniagaan harian. Dengan memberi tumpuan kepada pelanggan, alam sekitar, rakan kerjasama dan warga kerjanya, Zurich Malaysia terus berusaha mencipta impak sebenar melalui inisiatif kelestarian, inovasi teknologi serta penawaran produk dan perkhidmatan yang dipertingkatkan. Apabila mencari rakan perlindungan yang benar-benar mengambil berat, Zurich Malaysia terus menyerlah kerana setiap tindakannya membuktikan komitmennya terhadap ‘Care For What Matters’.
