Apakah Itu Betterment dalam Insurans Kenderaan? 

22 Februari 2023

Hoo Yuan Feng
Share this
  1. Apakah itu betterment dalam insurans atau takaful kenderaan?
    Istilah betterment merujuk kepada keadaan apabila sesuatu menjadi lebih baik atau dinaik taraf, sekali gus meningkatkan nilainya.

    Dalam insurans atau takaful kenderaan di Malaysia, penggantian alat ganti kenderaan yang rosak dengan alat ganti asli yang baharu selepas tuntutan kemalangan dianggap sebagai betterment.

  2. Mengapakah caj betterment dikenakan?
    Apabila alat ganti yang rosak digantikan dengan alat ganti baharu selepas kemalangan, keadaan kenderaan anda mungkin menjadi lebih baik berbanding sebelum kemalangan berlaku.

    Oleh itu, caj betterment mungkin dikenakan, di mana anda perlu menanggung sebahagian daripada kos penggantian alat ganti tersebut.

  3. Bagaimanakah caj betterment ditentukan?
    Caj betterment yang perlu anda bayar bergantung pada usia kenderaan anda. Bagi kebanyakan polisi insurans atau sijil takaful kenderaan komprehensif, caj betterment dikira berdasarkan kadar betterment seperti dalam jadual di bawah. Kadar betterment yang berkenaan akan didarabkan dengan kos alat ganti baharu untuk menentukan jumlah caj betterment.
     

    Usia KenderaanKadar Betterment (%)
    Kurang daripada 5 tahun0%
     
    5 tahun15%
    6 tahun20%
    7 tahun25%
    8 tahun30%
    9 tahun35%
    10 tahun dan ke atas40%
     
  4. Bagaimanakah caj betterment dikenakan bagi tuntutan kemalangan?
    Sebagai contoh, kenderaan anda yang berusia 9 tahun terlibat dalam kemalangan dan anda memilih untuk menggantikan alat ganti yang rosak dengan alat ganti baharu yang berharga RM5,000.

    Berdasarkan jadual di atas, caj betterment yang perlu anda bayar ialah 35% daripada kos alat ganti baharu, iaitu sebanyak RM1,750 (RM5,000 × 35%). Baki kos sebanyak RM3,250 akan ditanggung oleh insurans atau takaful kenderaan komprehensif anda.

  5. Adakah terdapat cara untuk mengelakkan caj betterment?
    Bagi mengelakkan pembayaran caj betterment, anda boleh memilih untuk menggunakan alat ganti terpakai, tertakluk kepada ketersediaannya.

    Walau bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan, alat ganti terpakai atau yang telah dibaik pulih (reconditioned) mungkin tidak tersedia. Jika satu-satunya pilihan ialah menggantikan alat ganti dengan yang baharu, caj betterment masih boleh dikenakan. Sesetengah pelan insurans dan takaful kenderaan juga menawarkan pilihan untuk membeli perlindungan tambahan bagi mengecualikan caj betterment sekiranya berlaku kemalangan.

    Di bawah pelan Z-Driver Comprehensive Zurich, perlindungan tambahan ini dikenali sebagai "Waiver of Betterment".

    Tertanya-tanya sama ada penyedia insurans atau takaful anda mengenakan caj betterment? Pastikan anda bertanya kepada ejen insurans atau takaful anda semasa membeli polisi atau sijil perlindungan, atau sentiasa baca polisi dengan teliti sebelum membuat keputusan.