Z-Driver
Perlindungan Insurans Kereta Menyeluruh dengan Bantuan Tepi Jalan 24/7 – Z-Driver
Melindungi Anda dan Insan Tersayang di Setiap Perjalanan
Di Zurich Malaysia, kami memahami bahawa melindungi kenderaan anda juga bermakna melindungi diri anda dan keluarga tersayang. Itulah sebabnya kami memperkenalkan Z-Driver – pelan asas insurans motor dengan pilihan perlindungan tambahan bernilai tinggi untuk melindungi mereka yang paling anda sayangi.
4 sebab mengapa Z-Driver ialah pilihan terbaik untuk anda dan keluarga!
Bayar Lebih Rendah Jika Anda Berada dalam Kategori Pemandu Berisiko Rendah
Nikmati diskaun sehingga 10% ke atas premium insurans motor jika anda seorang pemandu yang berhemah. Contohnya, pemandu berhemah, pemandu wanita dan/atau pemandu SUV.
Diskaun Sehingga 20% dengan Lebihan Sukarela (Voluntary Excess)
Pilih jumlah lebihan yang sanggup anda tanggung sendiri sekiranya berlaku tuntutan, dan nikmati diskaun ke atas premium insurans motor anda.
Perlindungan Kerosakan Akibat Banjir Serendah RM10 Setahun
Dengan perlindungan ini, anda boleh mendapatkan bayaran balik sehingga RM5,000 bagi kos menunda dan membersihkan kenderaan akibat banjir.
Perlindungan Kemalangan Diri (PA) Sehingga RM175,000 bagi Setiap Kenderaan, Serendah RM15 Setahun
Melindungi bukan sahaja anda, malah seluruh keluarga atau mana-mana penumpang yang berada di dalam kenderaan.
Tertakluk pada terma dan syarat.
Di Zurich, kami sentiasa berusaha untuk menambah baik dan menawarkan produk bernilai tambah yang lebih fleksibel, praktikal dan mampu dimiliki.
Berkuat kuasa mulai 12 Julai 2018, anda boleh menikmati manfaat dan ciri-ciri yang dipertingkatkan berikut:
Diskaun 60% daripada Kadar Tarif bagi Perlindungan Bencana Khas (Special Perils)
Nikmati penjimatan besar pada premium anda sambil memastikan kenderaan dilindungi daripada kerosakan akibat bencana alam seperti gempa bumi, lubang benam, tanah runtuh dan banjir.
Perlindungan Tambahan Percuma untuk Pemandu Dinamakan Tanpa Had bagi Kegunaan Persendirian
Tiada lagi had bilangan pemandu tambahan yang dinamakan di bawah polisi motor anda. Kini, anda boleh menambah bilangan pemandu dinamakan tanpa had secara percuma.
Pengecualian Penambahbaikan (Betterment) – Perlindungan daripada Peningkatan Kos Alat Ganti
Sekiranya berlaku kemalangan, anda mungkin perlu menanggung sebahagian kos alat ganti yang rosak. Dengan Pengecualian Penambahbaikan (Betterment), anda boleh menggantikan alat ganti yang rosak dengan alat ganti baharu dan tulen tanpa sebarang kos tambahan.
Perlindungan Cermin Kenderaan yang Dipertingkatkan
Perlindungan cermin kenderaan anda tidak akan ditamatkan selepas tuntutan penggantian dibuat. Sebaliknya, jumlah perlindungan cermin akan dikurangkan mengikut jumlah tuntutan yang dibayar. Anda juga mempunyai pilihan untuk mengembalikan semula jumlah perlindungan tersebut dengan membayar premium prorata.
Pengecas Dinding EV di Rumah
Perlindungan sehingga RM15,000 untuk pengecas dinding EV di rumah dan aksesori berkaitannya sekiranya hilang atau rosak akibat kebakaran, kecurian, banjir atau risiko lain yang dilindungi.
Liabiliti Peribadi Semasa Menggunakan Pengecas EV
Sehingga RM50,000 Perlindungan untuk liabiliti undang-undang jika pemandu yang dibenarkan menyebabkan kemalangan dengan kabel pengecas elektrik semasa digunakan.
Kabel Pengecas Mudah Alih
Sehingga RM2,000 Pampasan untuk pembaikan atau penggantian kabel pengecas mudah alih akibat kemalangan atau terbalik, kecurian atau kebakaran.
Perlindungan Ihsan
Bayaran balik sehingga RM20,000 bagi kos pembaikan sekiranya EV anda mengalami kerosakan dan/atau pemandu mengalami kecederaan semasa menggunakan stesen pengecas EV awam.
Perkhidmatan Tunda ke Stesen Pengecas Terdekat
Perkhidmatan tunda 24 jam ke stesen pengecas terdekat, tertakluk pada had perkhidmatan tunda sedia ada di bawah polisi anda.
Perlindungan Bencana Khas EV (Tambahan Pilihan)
Perlindungan Special Perils anda dipertingkatkan untuk merangkumi kerosakan atau kehilangan bateri EV atau komponennya akibat kemasukan air yang berpunca daripada risiko yang dilindungi.
- Lembaran Pendedahan Produk Z-Driver (BM)
- Lembaran Pendedahan Produk Z-Driver (ENG)
- Terma dan Syarat Polisi Z-Driver (BM)
- Terma dan Syarat Polisi Z-Driver (ENG)
- Bantuan Tepi Jalan Zurich (Polisi dikeluarkan sebelum 23 Oktober 2025)
- Bantuan Tepi Jalan Zurich (Polisi dikeluarkan pada atau selepas 23 Oktober 2025)
Temui Ejen Insurans Zurich

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich kami

Kami Sedia Membantu: Soalan Lazim
Bagi pertanyaan umum, hubungi Pusat Panggilan Zurich di 1-300-888-622 (dalam Malaysia) atau +603-2109-7999 (luar Malaysia), Isnin hingga Jumaat, 8:30 pagi – 5:15 petang (kecuali cuti umum). Anda juga boleh menghantar e-mel ke callcentre@zurich.com.my.
Bagi bantuan tepi jalan, hubungi Talian Bantuan Tepi Jalan Zurich 24 Jam di 1-300-88-5566 atau WhatsApp +603-7989 0345.
Maklumkan kepada Zurich secepat mungkin bagi mengelakkan kelewatan dalam proses tuntutan. Secara amnya, kami mengesyorkan agar tuntutan dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kemalangan atau kerugian.
Kunjungi bengkel panel atau bengkel yang diberi kuasa berhampiran. Anda akan dibimbing melalui proses penghantaran tuntutan. Sila sediakan dokumen yang diperlukan sebelum membuat tuntutan. Rujuk Proses Tuntutan untuk maklumat lanjut.
Anda juga boleh mendapatkan senarai bengkel panel yang diberi kuasa di Bengkel Panel Insurans dan Takaful Motor.
Tuntutan Kerosakan Sendiri / Kemalangan Jalan Raya / Banjir
Langkah 1:
- Hubungi Bantuan Tepi Jalan Zurich 24 Jam di 1-300-88-5566 untuk mendapatkan bantuan menunda kenderaan ke mana-mana bengkel panel atau bengkel yang diberi kuasa.
- Ambil gambar kenderaan anda dengan nombor pendaftaran yang jelas kelihatan serta gambar lokasi kejadian banjir (jika berkaitan).
- Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam.
Langkah 2:
- Serahkan semua dokumen berikut kepada bengkel panel atau bengkel yang diberi kuasa dalam tempoh 7 hari dari tarikh kejadian:
- Laporan Polis
- Salinan lesen memandu pemegang polisi dan/atau pemandu
- Salinan Kad Pengenalan pemegang polisi atau Sijil Pendaftaran Perniagaan
- Salinan Kad Pengenalan pemandu
- Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan
- Salinan Jadual Polisi atau Nota Perlindungan (untuk pengesahan bengkel)
- Tandatangani borang tuntutan Zurich yang disediakan oleh bengkel panel
Langkah 3:
Setelah menerima dokumen yang lengkap, bengkel panel atau bengkel yang diberi kuasa akan mengemukakan tuntutan anda kepada Zurich untuk diproses dalam tempoh 3 hari bekerja*.
Anda juga boleh menyemak status tuntutan anda (bagi Kenderaan Persendirian dan Kenderaan Komersial sahaja).
Langkah 4:
Anda akan menerima SMS apabila tuntutan berjaya didaftarkan dan diluluskan.
Bengkel panel atau bengkel yang diberi kuasa akan menghubungi anda sebaik sahaja kenderaan sedia untuk diambil.
Nota: Borang Tuntutan Kemalangan Motor yang lengkap dan ditandatangani diperlukan sekiranya kenderaan dihantar ke bengkel bukan panel.
Zurich berhak meminta dokumen atau maklumat tambahan sekiranya siasatan lanjut diperlukan.
*Tidak termasuk tuntutan yang masih dalam siasatan atau melibatkan kerosakan kenderaan yang teruk.
Tuntutan Pembaikan Cermin Kenderaan
Langkah 1:
- Sediakan dokumen berikut sebelum mengunjungi bengkel panel, bengkel yang diberi kuasa atau pakar cermin kenderaan yang disyorkan:
- Salinan lesen memandu pemegang polisi dan/atau pemandu
- Salinan Kad Pengenalan pemegang polisi atau Sijil Pendaftaran Perniagaan
- Salinan Kad Pengenalan pemandu
- Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan
- Salinan Jadual Polisi atau Nota Perlindungan (untuk pengesahan bengkel)
Langkah 2:
- Bawa kenderaan anda ke mana-mana bengkel panel, bengkel yang diberi kuasa atau pakar cermin kenderaan bagi mendapatkan perkhidmatan pembaikan atau penggantian cermin dalam tempoh 24 jam*.
- Tandatangani borang tuntutan Zurich yang disediakan.
Langkah 3:
- Setelah pembaikan selesai, anda boleh mengambil semula kenderaan anda tanpa perlu membuat sebarang bayaran**.
Nota: Borang Tuntutan Cermin Kenderaan yang lengkap dan ditandatangani diperlukan sekiranya kenderaan dihantar ke bengkel bukan panel.
*Tertakluk pada ketersediaan alat ganti.
*Dengan syarat perlindungan cermin kenderaan anda mencukupi.
| Kerosakan Sendiri / Kemalangan Jalan Raya / Banjir | Tuntutan Cermin Kenderaan | Tuntutan Kecurian |
Nota: Borang Tuntutan Kemalangan Motor yang lengkap dan ditandatangani diperlukan jika kenderaan dihantar ke bengkel bukan panel. Dokumen atau maklumat tambahan mungkin diminta sekiranya siasatan lanjut diperlukan. * Tidak termasuk tuntutan yang masih dalam siasatan atau melibatkan kerosakan kenderaan yang teruk. |
Nota: Borang Tuntutan Cermin Kenderaan yang lengkap dan ditandatangani diperlukan jika kenderaan dihantar ke bengkel bukan panel. * Tertakluk pada ketersediaan alat ganti. |
Nota: Dokumen atau maklumat tambahan mungkin diminta sekiranya siasatan lanjut diperlukan. |
Anda boleh menghantar kenderaan untuk dibaiki selepas sekurang-kurangnya 7 hari bekerja dari tarikh kemalangan. Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan agar anda membawa kenderaan anda ke bengkel panel atau bengkel yang diberi kuasa berhampiran secepat mungkin.
Anda boleh mendapatkan senarai bengkel panel yang diberi kuasa melalui pautan berikut:
Secara amnya, proses pembaikan mengambil masa sehingga 14 hari bekerja, bergantung pada tahap kerosakan kenderaan. Anda akan menerima kemas kini melalui WhatsApp sebaik sahaja kenderaan anda sedia untuk diambil.
Anda boleh mendapatkan laporan polis dengan membuat laporan kemalangan di balai polis yang berhampiran.
Ya. Bantuan Tepi Jalan Zurich disediakan 24 jam sehari. Sila hubungi: 1-300-88-5566 (Talian Bantuan Tepi Jalan 24 Jam) WhatsApp: +603-7989 0345
Sila rujuk ejen anda untuk penjelasan lanjut. Bagi Lebihan Wajib (Compulsory Excess), sila rujuk terma dalam polisi atau sijil anda.
Zurich boleh mengenakan Lebihan Wajib tambahan sebanyak RM400 sekiranya pada masa kejadian:
- Pemandu berumur di bawah 21 tahun
- Pemandu memegang lesen Percubaan (P) atau Belajar (L)
- Pemandu tidak dinamakan sebagai Pemandu Dinamakan dalam Jadual Polisi
Anda boleh mengemukakan permohonan untuk semakan. Walau bagaimanapun, keputusan tuntutan adalah tertakluk pada penilaian Zurich.
Langkah 1:
- Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam.
Langkah 2:
- Serahkan semua dokumen berikut ke mana-mana cawangan Zurich General Insurance dalam tempoh 7 hari dari tarikh kejadian:
- Borang Tuntutan Kecurian yang lengkap dan ditandatangani
- Laporan Polis
- Salinan lesen memandu pemegang polisi dan/atau pemandu
- Salinan Kad Pengenalan pemegang polisi atau Sijil Pendaftaran Perniagaan
- Salinan Kad Pengenalan pemandu
- Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan
Langkah 3:
- Selepas menerima semua dokumen yang lengkap, Zurich akan menghubungi anda bagi meneruskan proses tuntutan.
Sijil Nilai Dipersetujui (Agreed Value): Keputusan tuntutan akan dimaklumkan dalam tempoh 21 hari bekerja*.
Sijil Bukan Nilai Dipersetujui (Non-Agreed Value): Keputusan tuntutan akan dimaklumkan dalam tempoh 48 hari bekerja*.
Nota: Zurich berhak meminta dokumen atau maklumat tambahan sekiranya siasatan lanjut diperlukan.
*Tertakluk pada keputusan siasatan.
*Segala usaha telah diambil bagi memastikan Soalan Lazim ini disediakan dengan tepat. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara maklumat dalam Soalan Lazim ini dengan terma Polisi atau Sijil, maka terma yang terkandung dalam Polisi atau Sijil akan mengatasi.
Manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM di laman web Zurich General Insurance Malaysia atau laman web PIDM.
Bantuan Tepi Jalan Zurich
(Talian Bantuan 24 Jam)
+603-7989 0345
(Untuk sembang WhatsApp dan panggilan talian tetap tempatan sahaja)
*Terpakai kepada pelanggan Zurich General Insurance dan Zurich General Takaful.
Program Kereta Gantian Zurich (Zurich Courtesy Car Programme)
Isnin – Jumaat:
9:00AM - 6:00PM
Sabtu:
9:00AM - 1:00PM
(tidak termasuk Ahad dan Cuti Umum)
*Terpakai kepada pelanggan Zurich General Insurance dan Zurich General Takaful.