Kekal Selamat Semasa Banjir
Article27 November 2025
Banjir boleh mengganggu kehidupan seharian, namun anda tidak bersendirian. Kami sedia membantu anda di setiap langkah.
Berikut ialah beberapa langkah untuk membantu anda kekal selamat serta sokongan yang kami sediakan ketika waktu mencabar ini.
Tip Keselamatan Semasa Banjir
- Semak kit kecemasan anda
Pastikan kit kecemasan anda lengkap dengan bateri baharu, peti pertolongan cemas, air minuman, ubat-ubatan serta lampu suluh.
- Lindungi dokumen penting
Simpan dokumen penting di dalam bekas atau beg kalis air. Anda juga digalakkan mengimbas dan menyimpan salinan digital di lokasi yang selamat.
- Alihkan barang berharga ke tempat yang lebih tinggi
Lindungi barangan elektronik, dokumen penting, barang kenangan dan barangan berharga lain daripada air banjir.
- Ketahui laluan pemindahan
Kenal pasti laluan pemindahan yang selamat dan kongsikannya dengan ahli keluarga. Lakukan latihan pelan pemindahan sekurang-kurangnya sekali setahun.
- Dapatkan maklumat terkini
Ikuti pengumuman rasmi daripada pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan dipercayai.
Kenderaan Anda Rosak Akibat Banjir? Kami Permudahkan Proses Tuntutan
Jika kenderaan anda terjejas akibat banjir, anda tidak perlu membuat laporan polis untuk mengemukakan tuntutan pada masa ini. Hanya ambil gambar kenderaan anda di lokasi kejadian banjir dengan nombor pendaftaran kenderaan jelas kelihatan. Hubungi kami dan kami akan membantu anda sepanjang proses tuntutan.
Sedang Dalam Perjalanan dan Mengalami Kelewatan?
Jika anda mempunyai Insurans atau Takaful Perjalanan Zurich dan penerbangan anda dibatalkan atau ditangguhkan akibat banjir, atau anda terkandas di luar negara, sila hubungi Zurich Travel Assistance (talian bantuan 24 jam) di +603 7841 5630 untuk mendapatkan bantuan segera.
Kami Sedia Membantu Anda
Pasukan kami komited untuk membantu anda kekal selamat dan pulih secepat mungkin. Jika anda memerlukan bantuan atau ingin membuat tuntutan, sila hubungi kami melalui:
- Pusat Panggilan Zurich: 1-300-888-622 (Isnin – Jumaat, 8:30 pagi – 5:15 petang)
- E-mel: callcentre@zurich.com.my
- Pertanyaan Dalam Talian: https://mya.zurich.com.my/EnquiryForm.aspx
- Bantuan Tepi Jalan Zurich (24/7)
1-300-88-5566 atau +603-7989 0345
(untuk WhatsApp dan panggilan talian tetap tempatan sahaja)
- Tuntutan Motor: Kunjungi mana-mana bengkel panel atau cawangan Zurich yang terdekat.
Bengkel Panel: Cari Bengkel Panel
Rangkaian Cawangan: Cari Cawangan
