Proses Pengurusan Aduan

Proses Pengurusan Aduan

Sebagai tanda komitmen kami kepada anda, setiap aduan akan diberi keutamaan, dikendalikan secara sulit dan ditangani secepat mungkin. Kami menghargai setiap aduan yang diterima kerana ia membantu kami menambah baik perkhidmatan dan meningkatkan pengalaman pelanggan secara berterusan.

Bagi sebarang aduan atau pertikaian berkaitan polisi/sijil, sila hubungi kami melalui salah satu saluran berikut:

Kunjungi kami

Kunjungi mana-mana cawangan Zurich di seluruh negara.

Hubungi kami

Hubungi Pusat Panggilan kami di
1-300-888-622.

E-mel Kami

Bagi pertanyaan biasa, sila e-mel kepada callcentre@zurich.com.my untuk mendapatkan bantuan dengan lebih cepat.
 

Bagi aduan rasmi atau pertikaian sahaja, sila e-mel kepada feedback@zurich.com.my berserta dokumen atau bukti sokongan bagi membantu kami menyiasat kes anda. Pertanyaan biasa yang dihantar ke alamat e-mel ini tidak akan diproses.
 

PROSES PENGURUSAN ADUANSTANDARD KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN
Pengesahan Penerimaan AduanKami akan mengesahkan penerimaan aduan anda dalam tempoh 2 hari bekerja.
Tempoh Penyelesaian Aduan
 
 • Aduan mudah: Kami menyasarkan untuk menyelesaikan aduan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
• Aduan kompleks: Kami menyasarkan untuk menyelesaikan aduan dalam tempoh 20 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
• Kes yang memerlukan semakan lanjut: Sekiranya lebih banyak masa diperlukan disebabkan oleh jenis atau kerumitan aduan, atau sekiranya maklumat daripada pihak ketiga diperlukan, kami akan memaklumkan anda serta memberikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa. Dalam keadaan tersebut, keputusan muktamad akan dimaklumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.

Hari bekerja tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum.