Takaful Kecurian Zurich

Lindungi Aset Perniagaan daripada Pecah Masuk dan Kecurian – Takaful Kecurian

Perlindungan untuk aset perniagaan anda daripada risiko pecah masuk.

Sijil ini menyediakan perlindungan terhadap kehilangan atau kerosakan kandungan premis akibat kecurian atau rompakan.

Sijil ini meliputi:

  • Kerugian akibat kecurian, jika disertai pecah masuk secara kekerasan atau keganasan oleh sesiapa selain daripada pekerja anda sendiri.
  • Kerugian akibat daripada kerompakan bersenjata atau kerompakan dengan keganasan.
  • Kerosakan kepada harta harta benda akibat daripada pecah masuk.

Tempoh perlindungan adalah untuk satu tahun.

Sumbangan minimum bagi setiap sijil ialah RM100.

Jumlah sumbangan yang anda perlu bayar mungkin berbeza bergantung kepada keperluan pengunderaitan Pengendali Takaful.

Berjumpa dengan Ejen Zurich Takaful

Hantar pertanyaan untuk pertemuan Ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich yang Berhampiran

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful Kami

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM yang boleh didapati di laman web Zurich General Takaful Malaysia atau di laman web PIDM.