Perlindungan Takaful Semua Risiko Peralatan

Perlindungan Menyeluruh untuk Peralatan Mudah Alih dan Tetap – Takaful Semua Risiko Peralatan

Takaful untuk Peralatan Industri dan Komersial.

Kemalangan dan kejadian yang tidak dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa, termasuk melibatkan mesin dan peralatan anda. Sekiranya berlaku kerosakan mesin secara tiba-tiba, adakah perniagaan anda mempunyai perlindungan kewangan yang mencukupi? Banyak perniagaan bergantung kepada mesin dan peralatan untuk menjalankan operasi harian. Oleh itu, perlindungan takaful amat penting bagi memastikan aset anda terus dilindungi.

Zurich Malaysia menawarkan Takaful Semua Risiko Peralatan, pelan takaful dengan caruman yang berpatutan yang menyediakan pelbagai perlindungan untuk mesin dan peralatan anda.

Perlindungan dan Manfaat Takaful Semua Risiko Peralatan

Equipment All Risk Takaful - Mobile Equipment

Peralatan Mudah Alih

Ia direka secara khas untuk melindungi kenderaan atau peralatan mudah alih yang tidak dibenarkan di atas jalan awam. Contoh termasuk, mesin pengangkat, traktor pertanian, jentolak dan lain lain.

Sijil ini melindungi kerugian atau kerosakan kepada harta dilindungi oleh:-

  • Pertembungan atau terbalik secara tidak sengaja atau pertembungan atau terbalik akibat kerosakan mekanikal atau kesan haus dan lusuh
  • Kebakaran, letupan luar, pembakaran sendiri atau kilat
  • Kecurian
  • Kelakuan niat jahat
Equipment All Risk Takaful - Inmobile Equipment 

Peralatan Statik

Perlindungan yang diberikan adalah meluas dan merangkumi kemalangan atau kejadian tidak diingini yang mana pengecualiannya tidak dinyatakan. Sijil ini melindungi kerugian atau kerosakan kepada peralatan statik industri atau  komersil berpunca daripada:-

  • Kebakaran dan kilat
  • Kecurian akibat keganasan atau ancaman keganasan kepada orang atau masuk atau keluar secara paksaan dan ganas ke premis
  • Kerosakan luar secara tidak sengaja

Berjumpa dengan Ejen Zurich Takaful

Hantar pertanyaan untuk pertemuan Ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich yang Berhampiran

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful Kami

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM yang boleh didapati di laman web Zurich General Takaful Malaysia atau di laman web PIDM.