
Lindungi Dana Perniagaan daripada Kecurian dan Rompakan – Takaful Kewangan
Lindungi aliran tunai perniagaan anda daripada kehilangan wang akibat kecurian atau pecah masuk.
Takaful Kewangan menyediakan perlindungan untuk wang anda semasa dalam transit atau ketika berada di premis yang dilindungi. Wang merangkumi wang tunai, cek, kiriman wang pos atau kiriman wang, setem serta bil pertukaran.
Wang Dalam Transit
Wang dalam jagaan kakitangan Peserta yang diberi kuasa semasa dalam transit secara langsung antara premis yang dinyatakan dan bank.
Kerosakan kepada peti besi atau bilik kebal
Apabila mana-mana peti besi atau bilik kebal milik Peserta yang mengandungi wan hilang, musnah atau rosak akibat daripada kecurian atau percubaan mencuri wang itu, Pengendali Takaful akan mengganti rugi berkenaan dengan kerugian, kemusnahan atau kerosakan Peserta.
Wang Dalam Peti Keselamatan Berkunci/Bilik Kebal
Kehilangan wang semasa disimpan di dalam premis dan wang yang terkandung dalam peti keselamatan berkunci atau bilik kebal akibat daripada kecurian atau rompakan disertai dengan keganasan yang dilakukan oleh mana-mana orang selain daripada pekerja Peserta
Perlindungan Tambahan
Kemalangan Diri Serangan Tambahan - RM10.00 untuk jumlah perlindungan RM10,000
Secara umumnya perlindungan tambahan diberikan untuk 2 orang pekerja lebih sahaja.
Sumbangan minimum bagi setiap sijil ialah RM100.
Jumlah sumbangan yang akan berbeza bergantung kepada keperluan pengunderaitan Pengendali Takaful.
Berjumpa dengan Ejen Zurich Takaful

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Cari Cawangan Zurich yang Berhampiran

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM yang boleh didapati di laman web Zurich General Takaful Malaysia atau di laman web PIDM.