Takaful Kebakaran (Tarif)

Perlindungan Menyeluruh terhadap Kebakaran dan Risiko Berkaitan – Takaful Kebakaran (Tarif)

Lindungi kerugian kewangan anda akibat kebakaran, sambaran petir dan letupan.

Kebakaran boleh berlaku di premis perniagaan anda pada bila-bila masa. Untuk membantu anda pulih daripada kerugian yang dialami, Zurich menawarkan pelan Takaful Kebakaran untuk perniagaan yang menyediakan perlindungan terhadap kehilangan atau kerosakan harta akibat kebakaran, sambaran petir dan letupan.

Notis Penting Mengenai Pengiraan Perlindungan Takaful Kebakaran

Perlindungan insurans/takaful yang tidak mencukupi bagi harta anda boleh menyebabkan jumlah pampasan yang diterima menjadi lebih rendah berikutan pelaksanaan klausa purata (average clause). Untuk mendapatkan anggaran jumlah perlindungan insurans/takaful yang sesuai bagi harta anda (seperti rumah kediaman, rumah kedai ringkas dan pejabat kedai), anda boleh menggunakan Kalkulator Kos Bangunan yang dibangunkan bersama oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA). Harap maklum bahawa kalkulator ini hanya memberikan anggaran kos pembinaan semula harta anda bagi tujuan penilaian dan tidak menjamin jumlah sebenar perlindungan yang akan dipersetujui untuk harta anda.

Kalkulator Kos Bangunan (ENG)

Kalkulator Kos Bangunan (BM)

Sijil takaful kebakaran ini melindungi kerugian atau kerosakan terhadap harta anda yang dilindungi, cth. bangunan dan kandungannya; yang disebabkan oleh kebakaran, kilat atau letupan peralatan domestik serta gas yang digunakan untuk tujuan domestik sahaja sepanjang tempoh perlindungan takaful.

Anda boleh melanjutkan manfaat sijil anda dengan menyumbang caruman tambahan bagi melindungi peril-peril berikut:

  • Kerosakan disebabkan oleh pesawat udara
  • Gempa bumi dan letusan gunung berapi
  • Ribut, ribut kencang
  • Banjir
  • Letupan
  • Kerosakan hentaman
  • Pecahan atau limpahan peralatan tangki air atau paip
  • Kebakaran belukar / lalang
  • Tanah jerius dan tanah runtuh
  • Pembakaran spontan
  • Kebocoran pemercik air
  • Barangan dan stok yang menjalani proses pemanasan atau pengeringan
  • Rusuhan, mogok dan kerosakan akibat perbuatan berniat jahat
  • Kerosakan akibat pokok tumbang ataupun dahan pokok dan objek lain

Nota: Anda perlu memperbaharui sijil takaful kebakaran setiap tahun.

Perlindungan ini adalah berdasarkan kos mengembalikan harta yang rosak atau menggantikannya dengan harta yang sama sepertimana keadaan semasa kerugian berlaku.

Untuk Harta Anda

Kos semasa bagi membina semula bangunan kepada bentuk asalnya, tolak potongan yang sewajarnya bagi penambahbaikan.

Penambahbaikan (betterment) adalah tambahan / perubahan kepada harta anda yang menyebabkan ia berada dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelum kejadian kebakaran, sebagai cth. pengubahsuaian dapur dengan kabinet yang lebih mahal daripada kabinet asal.

Untuk Barangan Peribadi Anda

Kos menggantikan item baru, tolak potongan susut nilai akibat haus dan lusuh. Barangan peribadi anda termasuk peralatan, perabot dan pakaian.

JUMLAH PERLINDUNGAN PENILAIAN
Melebihi RM 50 juta Penilaian Khas
Jawatankuasa Penilaian Teknikal PIAM * akan menentukan penilaian khas tersebut
RM 10 Juta - RM 50 juta Penilaian Kendiri
Kadar caruman yang ditarif akan dikira oleh pihak Zurich menggunakan struktur penilaian kendiri yang disediakan oleh PIAM*

Kurang daripada RM10 juta

Penilaian Tarif
Kadar caruman yang ditarif adalah mengikut Tarif Kebakaran Yang Disemak Semula (berkuat kuasa Mac 2013).

* Persatuan Insurans Am Malaysia

Nota: Caj-caj lain termasuk komisyen yang dibayar kepada ejen takaful, duti setem sebanyak RM 10.00 dan cukai atau levi kerajaan yang lain

Berjumpa dengan Ejen Zurich Takaful

Hantar pertanyaan untuk mesyuarat ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich yang Berhampiran

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful Kami

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM yang boleh didapati di laman web Zurich General Takaful Malaysia atau di laman web PIDM.