Takaful Kaca Plat Zurich

Lindungi Kaca di Premis Perniagaan Anda – Takaful Plat Kaca

Perlindungan untuk bahagian kaca perniagaan anda yang mudah pecah.

Sijil ini melindungi kaca tetap di premis komersial dan perindustrian, bangunan awam serta kompleks perniagaan.

Sijil ini melindungi sebarang kejadian pecah kaca seperti yang dinyatakan termasuk sebarang tulisan, lukisan atau hiasan padanya atau pita penggera akibat sebarang kemalangan atau musibah yang tidak dikecualikan secara khusus.

"Kejadian pecah" tidak termasuk sebarang kecacatan atau kerosakan selain daripada retak yang meliputi seluruh ketebalan kaca tersebut.

Tempoh perlindungan adalah untuk satu tahun.

Sumbangan minimum bagi setiap sijil ialah RM100.

Jumlah sumbangan yang anda perlu bayar mungkin berbeza bergantung kepada keperluan pengunderaitan Pengendali Takaful.

Berjumpa dengan Ejen Zurich Takaful

Hantar pertanyaan untuk pertemuan ejen Zurich Takaful

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Cari Cawangan Zurich Terdekat Anda

Cari Cawangan Zurich yang Berhampiran

Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful Kami

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM yang boleh didapati di laman web Zurich General Takaful Malaysia atau di laman web PIDM.