Imej_Banner Utama_Takaful Keperluan Kebakaran

Perlindungan Menyeluruh terhadap Kebakaran dan Risiko Berkaitan – Takaful Kebakaran Zurich Essential

Lindungi kerugian kewangan anda akibat kebakaran, sambaran petir dan letupan.

Kebakaran boleh berlaku di premis perniagaan anda pada bila-bila masa. Kami memahami bahawa kejadian seperti ini boleh mengakibatkan kerugian yang besar kepada perniagaan. Oleh itu, Takaful Kebakaran oleh Zurich direka khas untuk melindungi kerugian atau kerosakan harta anda akibat kebakaran, sambaran petir dan letupan.

Notis Penting Mengenai Pengiraan Perlindungan Takaful Kebakaran

Perlindungan insurans/takaful yang tidak mencukupi bagi harta anda boleh menyebabkan jumlah pampasan yang diterima menjadi lebih rendah berikutan pelaksanaan klausa purata (average clause). Untuk mendapatkan anggaran jumlah perlindungan insurans/takaful yang sesuai bagi harta anda (seperti rumah kediaman, rumah kedai ringkas dan pejabat kedai), anda boleh menggunakan Kalkulator Kos Bangunan yang dibangunkan bersama oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA). Harap maklum bahawa kalkulator ini hanya memberikan anggaran kos pembinaan semula harta anda bagi tujuan penilaian dan tidak menjamin jumlah sebenar perlindungan yang akan dipersetujui untuk harta anda.

Kalkulator Kos Bangunan (ENG)

Kalkulator Kos Bangunan (BM)

Takaful Kebakaran Zurich Essential merupakan produk liberalisasi tarif takaful yang melindungi harta anda (seperti bangunan dan kandungannya) daripada kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran, kilat atau letupan peralatan domestik serta gas yang digunakan untuk tujuan domestik sahaja sepanjang tempoh perlindungan takaful.

Anda boleh melanjutkan kontrak sijil anda untuk meliputi kejadian-kejadian di bawah dengan menambahkan jumlah caruman anda:

  • Kerosakan disebabkan oleh pesawat udara
  • Gempa bumi dan letusan gunung berapi
  • Ribut, ribut kencang
  • Banjir
  • Letupan
  • Kerosakan hentaman
  • Pecahan atau limpahan peralatan tangki air atau paip
  • Kebakaran belukar / lalang
  • Tanah jerius dan tanah runtuh
  • Pembakaran spontan
  • Kebocoran pemercik air
  • Barangan dan stok yang menjalani proses pemanasan atau pengeringan
  • Rusuhan, mogok dan kerosakan akibat perbuatan berniat jahat
  • Kerosakan akibat pokok tumbang ataupun dahan pokok dan objek lain
  • Kerugian pertama akibat keganasan/sabotaj

Nota: Anda perlu memperbaharui sijil takaful kebakaran setiap tahun.

Perlindungan ini adalah berdasarkan kos mengembalikan harta yang rosak atau menggantikannya dengan harta yang sama sepertimana keadaan semasa kerugian berlaku.

Untuk Harta Anda

Kos semasa bagi membina semula bangunan kepada bentuk asalnya, tolak potongan yang sewajarnya bagi penambahbaikan.

Penambahbaikan (betterment) adalah tambahan / perubahan kepada harta anda yang menyebabkan ia berada dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelum kejadian kebakaran, sebagai cth. pengubahsuaian dapur dengan kabinet yang lebih mahal daripada kabinet asal.

Untuk Barangan Peribadi Anda

Kos menggantikan item baru, tolak potongan susut nilai akibat haus dan lusuh. Barangan peribadi anda termasuk peralatan, perabot dan pakaian.

JUMLAH PERLINDUNGAN PENILAIAN
Melebihi RM 50 juta Penilaian Khas
Jawatankuasa Penilaian Teknikal PIAM * akan menentukan penilaian khas tersebut
RM 10 juta - RM 50 juta Penilaian Kendiri
Kadar caruman yang diliberalisasi tarif akan dikira oleh pihak Zurich menggunakan struktur penilaian kendiri yang disediakan oleh PIAM*
Kurang daripada RM 10 juta Penilaian De-tarif
Kadar caruman yang diliberalisasi tarif adalah mengikut Tarif Kebakaran Yang Disemak Semula (berkuat kuasa Mac 2013).

* Persatuan Insurans Am Malaysia

Nota: Caj-caj lain termasuk komisyen yang dibayar kepada ejen takaful, cukai atau pungutan kerajaan lain dan duti setem sebanyak RM 10.00

Berjumpa dengan Ejen Zurich Takaful

Hantar pertanyaan untuk mesyuarat ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich yang Berhampiran

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful Kami

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM yang boleh didapati di laman web Zurich General Takaful Malaysia atau di laman web PIDM.