Kumpulan Personal Sentinel V3 Takaful

Perlindungan Kemalangan Menyeluruh – Takaful Sentinel Peribadi Berkumpulan V3 Plus

Takaful Kemalangan Diri untuk Membantu Mengurus Perbelanjaan Perubatan.

Di Zurich, kami memahami betapa pentingnya anda melindungi diri supaya insan tersayang tidak perlu menanggung beban kos perubatan yang semakin meningkat. Dengan Personal Sentinel V3 Plus Takaful, nikmati perlindungan yang lebih menyeluruh pada kadar serendah RM0.39 sehari melalui pelan perlindungan kemalangan diri komprehensif yang memberi anda kebebasan untuk menjalani kehidupan mengikut cara anda.

Antara manfaat lain pelan patuh Syariah ini termasuk perlindungan Ganti Rugi Berganda (Double Indemnity) ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing (contohnya Grab), kemasukan dan discaj hospital tanpa tunai, perlindungan bagi rawatan tradisional, perlindungan kematian akibat Zika, demam denggi, Chikungunya, malaria dan banyak lagi.

Manfaat-manfaat

MANFAAT KETERANGAN

PELAN 1
(RM)

PELAN 2
(RM)

PELAN 3
(RM)

PELAN 4
(RM)

PELAN 5
(RM)

PELAN 6
(RM)

PELAN 7
(RM)

A Kematian Akibat Kemalangan 50,000 100,000 200,000 300,000 500,000 750,000 1,000,000
B Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan 50,000 100,000 200,000 300,000 500,000 750,000 1,000,000
C

Perlindungan Indemniti Dua Kali Ganda

*Kematian dalam pengangkutan awam

*Kematian dalam Grab, Uber atau perkhidmatan e-panggilan

*Kuadriplegia atau lumpuh keseluruhan

*Kematian akibat kebakaran di kediaman sendiri

 

50,000 100,000 200,000 300,000 500,000 750,000 1,000,000
D Perbelanjaan Perubatan Akibat Kemalangan 5,000 6,000 6,500 7,500 10,000 12,000 15,000
D1

*Yuran Laporan Perubatan dan Bedah Siasat

150
D2

*Rawatan Tradisional

RM50 setiap lawatan, sehingga maksimum RM500 RM50 setiap lawatan, sehingga maksimum RM1000
D3 *Demam Denggi, Malaria & Ensefalitis Jepun 5,000 6,000 6,500 7,500 10,000 12,000 15,000
D4

*Yuran Ambulans

500
D5 *Kemasukan Hospital Tanpa Tunai 5,000 6,000 6,500 7,500 10,000 12,000 15,000
E Manfaat Mingguan (pilihan)
E1 *Hilang Upaya Menyeluruh Sementara 50 100 120 150 250 350 500
E2 *Hilang Upaya Separa Sementara 25 50 60 75 125 175 250
F Pendapatan Harian Hospital 90 90 90 120 180 200 250
G Kematian akibat Zika atau Chikungunya 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi
H Kematian akibat Denggi, Malaria, Ensefalitis Jepun 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi
I Wang Kecemasan 5,000
J Prostesis / Kerusi Roda - Hilang Upaya Menyeluruh Kekal 2,500
K Prostesis / Kerusi Roda - Hilang Upaya Menyeluruh Sementara 250
L Pembetulan Pergigian atau Pembedahan Pembetulan Kosmetik 5,000
M Manfaat Penculikan 5,000 untuk perbelanjaan dan 25,000 untuk ganjaran
N Pemindahan Darah 10%daripada Jumlah Asas Dilindungi
O Impotensi Kekal atau Kemandulan 10%daripada Jumlah Asas Dilindungi
P Liabiliti Peribadi Dua kali daripada Jumlah Asas Dilindungi
Q Bonus Pembaharuan 15% setiap tahun ke atas Jumlah Asas Dilindungi, sehingga maksimum 150%
R Program Rujukan Bantuan Kecemasan Sehingga USD1,000,000

Nota:

*Sila rujuk kontrak sijil untuk penerangan manfaat di bawah sijil ini.

*Tempoh perlindungan adalah selama satu tahun. Anda perlu memperbaharui perlindungan takaful anda setiap tahun.

*Jumlah yang perlu dibayar untuk manfaat D1 hingga D5 tidak boleh melebihi had manfaat D.

Perlindungan Perubatan

Perlindungan perubatan akibat kemalangan sehingga RM15,000.

Perlindungan Indemniti

Perlindungan indemniti dua kali ganda untuk perkhidmatan e-panggilan (cth: Grab)

Bonus Pembaharuan

Nikmati Bonus Pembaharuan sehingga 150% dan tiada impak kepada bonus pembaharuan anda jika berlaku sebarang tuntutan!

Rawatan Tradisional

Pembayaran balik rawatan tradisional tahunan sehingga RM1,000.

Kemasukan Tanpa Tunai

Kemasukan dan pelepasan hospital Tanpa Tunai akibat kemalangan.

Group Personal Sentinel Version 3 Takaful merangkumi sesiapa yang berumur antara 30 hari sehingga 65 tahun, dan boleh diperbaharui sehingga 80 tahun.

Berjumpa dengan Ejen Zurich Takaful

Hantar pertanyaan untuk mesyuarat ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich yang Berhampiran

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful Kami

Zurich Takaful beroperasi di bawah prinsip Wakalah di mana Pengendali Takaful selaku agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan sekali bersama dengan caruman yang dibuat. Jumlah Tabarru’ akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP / Participant Risk Investment Account) di mana ia akan digunakan untuk membantu Peserta lain berdasarkan Konsep Takaful. Manfaat akan dibayar daripada APRP hanya untuk kerugian yang dilindungi, dan bukanlah semasa Sijil matang atau penyerahan Sijil. Lebihan pada setiap akhir tahun kewangan (jika ada) akan dikongsi di antara Peserta dan Zurich Takaful mengikut nisbah 50:50. Keuntungan daripada pelaburan yang diperolehi daripada Akaun Pelaburan Peserta (APP / Participant Investment Account) adalah berdasarkan kepada aset yang disandarkan dan Zurich Takaful akan mengenakan bayaran Yuran Wakalah Bi al-Istithmar (Yuran Wakil Pelaburan) untuk menguruskan aset tersebut. Risiko pelaburan di dalam APP ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai, tolak Yuran Wakalah Bi al-Istithmar seperti dinyatakan, akan kekal di dalam APP untuk manfaat Peserta. Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di dalam APP dengan pemegang saham.

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM yang boleh didapati di laman web Zurich General Takaful Malaysia atau di laman web PIDM.