
Pekerja Asing - Insurans Hospitalisasi & Pembedahan (SKHPPA)
Lindungi Pekerja Asing Anda – Kemasukan Hospital dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA)
Melindungi perbelanjaan perubatan pekerja asing akibat kemalangan atau penyakit.
Pelan takaful hospital dan pembedahan yang boleh diperbaharui setiap tahun ini direka untuk membantu mengurangkan beban kewangan majikan sekiranya pekerja asing dimasukkan ke Hospital Kerajaan Malaysia bukan berkorporat akibat kemalangan atau penyakit.
Pelan ini melindungi caj hospital dan pembedahan yang ditanggung oleh pekerja asing sekiranya dimasukkan ke Hospital Kerajaan Malaysia bukan berkorporat akibat kemalangan atau penyakit. Butiran perlindungan adalah seperti berikut:
| ITEM | MANFAAT | JUMLAH (RM) | |||
| 1(a) | Bilik & Penginapan Hospital (Maksimum 30 hari) | Mengikut Caj – mengikut kadar Bilik & Penginapan Kelas Ketiga sehingga maksimum RM160 sehari di Hospital Kerajaan Malaysia bukan berkorporat selaras dengan kadar di bawah Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014. | |||
| 1(b) | Unit Rawatan Rapi (ICU) (Maksimum 15 hari) | Mengikut Caj | |||
| 2 | Bekalan & Perkhidmatan Hospital | Mengikut Caj | |||
| 3 | Bilik Bedah | Mengikut Caj | |||
| 4 | Yuran Pembedahan (Tidak termasuk Pemindahan Organ) | Mengikut Caj | |||
| 5 | Yuran Pakar Bius | Mengikut Caj | |||
| 6 | Lawatan Doktor di Hospital (Maksimum 30 hari) | Mengikut Caj | |||
| 7 | Lawatan Konsultasi Pakar di Hospital (Maksimum 30 hari) | Mengikut Caj | |||
| 8 | Yuran Ambulans / Yuran Laporan Perubatan | Mengikut Caj | |||
| Had Tahunan Keseluruhan (Item 1 hingga 8) | RM20,000.00 | ||||
| Caruman Tahunan: RM120.00 bagi setiap Orang yang Dilindungi. | |||||
Nota penting: Semua manfaat yang dibayar bagi sebarang bilangan hilang upaya dalam mana-mana satu tempoh takaful adalah tertakluk pada Had Tahunan Keseluruhan sebanyak RM20,000.00 bagi setiap Orang yang Dilindungi.
Temui Ejen Zurich Takaful
Temui Cawangan Zurich Berdekatan Anda
Hubungi Pusat Panggilan Zurich kami
Manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM di laman web Zurich General Takaful Malaysia atau laman web PIDM.