
Perlindungan Kesihatan yang Menyeluruh dan Fleksibel - MediAfya+
Perlindungan Menyeluruh untuk Ketenangan Fikiran Anda
Terokai pelan perubatan baharu kami, MediAfya+, yang menawarkan pelbagai pilihan pelan dan pilihan deduktibel yang disesuaikan mengikut keperluan anda.
Perlindungan Komprehensif
Nikmati sebelum dan selepas penghospitalan, manfaat pesakit luar dan Program Rujukan Bantuan Kecemasan di mana ia bukan sekadar yang melindungi perubatan anda, malah memberi anda bantuan perjalanan, kenderaan dan tempat tinggal dari mana-mana tempat di seluruh dunia.
![]()
Fleksibiliti di Hujung Jari Anda
Direka untuk disesuaikan dengan bajet anda dengan 2 jenis pelan berbeza dan 2 pilihan Deduktibel, Deduktibel RM500 setahun adalah sesuai untuk individu yang memerlukan pembiayaan poket sendiri minimal, manakala Deduktibel RM5,000 setahun adalah sesuai untuk individu yang ingin mencarum lebih murah.
Had Tahunan yang Tinggi dengan Perlindungan Seumur Hidup
Dengan had tahunan tinggi sehingga RM1,000,000, manfaat tambahan perubatan ini tidak mempunyai had seumur hidup dan ianya boleh diperbaharui setiap tahun sehingga umur
80 tahun.
![]()
Sentiasa di Sisi Anda
Jika anda dimasukkan ke hospital akibat rawatan kecemasan atau menerima rawatan di Fasiliti Kesihatan Kerajaan, Deduktibel anda akan dikecualikan supaya anda boleh menumpukan kepada rawatan tanpa merasa tertekan dengan bil perubatan.
Kemasukan Hospital tanpa Kerumitan
Tunjukkan kad perubatan anda di mana-mana hospital panel kami untuk menikmati kemasukan yang lancar dan pantas untuk kemudahan dan keselesaan anda.
![]()
Bantuan Kewangan di Hospital Kerajaan
Jika anda dimasukkan ke Hospital Kerajaan, anda akan menerima Elaun Tunai Harian sehingga RM300 sebagai bantuan tambahan semasa anda dirawat.
Jadual Manfaat
| Pelan | Pelan 200 | Pelan 300 | |||
| Had Keseluruhan | Had (RM) | ||||
| Had Tahunan | 500,000 | 1,000,000 | |||
| Had Seumur Hidup | Tiada Had Seumur Hidup | ||||
| Deduktibel1 (jumlah setahun) | 500 | 5,000 | 500 | 5,000 | |
| Manfaat Pesakit Dalam | |||||
| Bilik Hospital & Penginapan Harian (had sehari, tiada had hari) | 200 | 300 | |||
| Elaun Tunai Harian di Hospital Kerajaan (had sehari, tiada had hari) | 200 | 300 | |||
| Unit Rawatan Rapi atau Unit Kebergantungan Tinggi (maksimum 210 hari setahun) | Seperti yang dicaj, tertakluk pada sebarang Deduktibel1 | ||||
| Bekalan & Khidmat Hospital | |||||
| Bayaran Pembedahan | |||||
| Bayaran Pakar Bius | |||||
| Bayaran Bilik Pembedahan | |||||
| Bayaran Ambulans | |||||
Lawatan Pakar Dalam Hospital
| |||||
| Pemindahan Organ (mana-mana organ, tiada had bilangan pemindahan) | |||||
| Manfaat Pesakit Luar | |||||
Ujian Diagnostik Pra-kemasukan Hospital
| Seperti yang dicaj, tertakluk pada sebarang Deduktibel1 | ||||
Rawatan Selepas Penghospitalan
| |||||
| Pembedahan Harian | |||||
| Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar (had setahun, dalam masa 210 hari dari tarikh keluar hospital / pembedahan) | |||||
| Rawatan Pesakit Luar Bagi Kemalangan dan Kecemasan (dalam masa 72 jam dan rawatan susulan sehingga maksima 31 hari) | |||||
| Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar | Seperti yang dicaj | ||||
| Rawatan Kanser Pesakit Luar | |||||
| Manfaat-manfaat Lain | |||||
| Kanta Intraokular – Monofokal / Multifokal (sekali bagi seumur hidup, had bagi setiap mata) | 5,000 | ||||
| Pendapat Perubatan Kedua – Rawatan Penyakit Kritikal (had setahun) | 1,000 | ||||
| Bayaran Laporan Perubatan | Seperti yang dicaj, tertakluk pada sebarang Deduktibel1 | ||||
| Program Rujukan Bantuan Kecemasan (Had di bawah Program Rujukan Bantuan Kecemasan adalah tambahan kepada Had Tahunan) | Seperti yang tertakluk dalam peruntukan manfaat di bawah Program Rujukan Bantuan Kecemasan | ||||
1Deduktibel tidak akan dikenakan bagi Rawatan Kecemasan (kecuali Rawatan Pesakit Luar Bagi Kemalangan dan Kecemasan) dan rawatan yang diperolehi di Fasiliti Kesihatan Kerajaan.
Sesiapa sahaja yang berumur antara 30 hari dan 70 tahun (umur dicapai) layak untuk dilindungi oleh MediAfya+ sebagai manfaat tambahan perubatan kepada pelan takaful keluarga terpilih. Peserta mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.
Manfaat-manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad atau PIDM.
Zurich Takaful beroperasi di bawah prinsip Wakalah di mana Pengendali Takaful selaku agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan sekali bersama dengan caruman yang dibuat. Jumlah Tabarru’ akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP / Participant Risk Investment Account) di mana ia akan digunakan untuk membantu Peserta lain berdasarkan Konsep Takaful. Manfaat akan dibayar daripada APRP hanya untuk kerugian yang dilindungi, dan bukanlah semasa Sijil matang atau penyerahan Sijil. Lebihan pada setiap akhir tahun kewangan (jika ada) akan dikongsi di antara Peserta dan Zurich Takaful mengikut nisbah 50:50. Keuntungan daripada pelaburan yang diperolehi daripada Akaun Pelaburan Peserta (APP / Participant Investment Account) adalah berdasarkan kepada aset yang disandarkan dan Zurich Takaful akan mengenakan bayaran Yuran Wakalah Bi al-Istithmar (Yuran Wakil Pelaburan) untuk menguruskan aset tersebut. Risiko pelaburan di dalam APP ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai, tolak Yuran Wakalah Bi al-Istithmar seperti dinyatakan, akan kekal di dalam APP untuk manfaat Peserta. Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di dalam APP dengan pemegang saham.