
Pelan Takaful Bertempoh Mampu Milik dengan Perlindungan Seluruh Dunia dan Bayaran Caruman yang Fleksibel – Takaful Term 80
Pelan Takaful Bertempoh Mampu Milik untuk Melindungi Masa Depan Anda dan Insan Tersayang.
Kegembiraan pulang ke rumah selepas seharian bekerja dan disambut oleh keluarga merupakan sesuatu yang amat bermakna. Demi melindungi kebahagiaan itu, sudah tiba masanya untuk merancang masa depan insan tersayang.
Zurich Family Takaful Term 80 ialah pelan caruman berkala yang fleksibel dan patuh Syariah, direka khas untuk menyediakan perlindungan kewangan kepada keluarga anda, sekali gus memberikan ketenangan fikiran yang anda perlukan.
Ciri-ciri dan Manfaat Produk Takaful Term 80
- Perlindungan 24 jam di seluruh dunia
- Kadar yang berpatutan dan 1caruman yang setara sehingga matang
- Menyediakan perlindungan yang dijamin sehingga umur 80 tahun
- Saluran pembayaran yang fleksibel ñ Tunai, Cek, Kad Kredit, Pembayaran Caruman Mudah, Auto Debit, Mesin ATM Zurich Takaful, Pembayaran di Kaunter (Cawangan Zurich Takaful dan Ibu Pejabat), BSN Giro, 2Biro Angkasa, Perintah Arahan Tetap dari Bank, Perbankan Internet dan fasiliti ePembayaran
- Menyediakan jaminan kewangan kepada keluarga anda
- Caruman yang dibuat akan diberi pelepasan cukai individu sehingga jumlah maksimum sebanyak RM6,000 setahun (bergantung kepada keputusan akhir dari Lembaga Hasil Dalam Negeri)
- Perkongsian Lebihan ñ setiap Peserta layak untuk berkongsi Lebihan, jika ada dari Dana Risiko dengan Pengendali Takaful tertakluk kepada nisbah 50:50. Ianya tidak dijamin dan tertakluk kepada terma dan syarat
Nota:
1 Caruman adalah dijangka setara sehingga matang dan ianya tidak dijamin. Pengendali Takaful mempunyai hak untuk menyemak kadar caruman dengan pemberitahuan 3 bulan notis.
2 Lebihan 2% Yuran Wakalah akan dikenakan bagi bayaran melalui Biro Angkasa.
Takaful Term 80 menawarkan jaminan perlindungan untuk Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) sehingga umur 80 tahun. Tambahan pula, ianya tertumpu kepada perlindungan dan kadar sumbangan yang tetap sehingga matang. Ianya menawarkan faedah-faedah seperti berikut:
| Manfaat | Takaful Term 80 |
|---|---|
| Manfaat Kematian | Sekiranya berlaku Kematian ke atas Peserta, 1Jumlah Dilindungi dan nilai 2Akaun Pelaburan Peserta (APP), akan dibayar kepada penerima manfaat Peserta. |
| Manfaat HUKK | Sekiranya Orang Yang Dilindungi mengalami 3HUKK sebelum umur 70, 1Jumlah Dilindungi dan nilai 2APP, akan dibayar kepada Peserta. |
| Tempoh Perlindungan Yang Fleksibel | Ianya menawarkan tempoh perlindungan fleksibel dengan pilihan tempoh antara 5 tahun sehingga umur matang iaitu 80 tahun. Apabila pelan matang, nilai APP akan dibayar. |
| Manfaat Kematangan | Peserta akan menerima Manfaaat Kematangan yang bersamaan dengan jumlah nilai 2APP. Tiada manfaat yang akan dibayar daripada 4Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP). |
Nota :
1 Manfaat Kematian, manfaat Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal, dan manfaat-manfaat yang disediakan oleh manfaat-manfaat tambahan yang diambil adalah dijamin, dengan syarat baki di dalam APP adalah mencukupi untuk membayar potongan tabarru yang dikreditkan dalam Dana Risiko. Sekiranya berlaku defisit di dalam Dana Risiko, ia akan dibayar melalui Qardh (pinjaman tanpa faedah) daripada Pengendali Takaful.
2 APP adalah berdasarkan prestasi dana yang sebenar dan ianya tidak dijamin. Risiko pelaburan di dalam APP akan ditanggung sepenuhnya oleh Peserta dan manfaat yang diperolehi mungkin bernilai kurang dari jumlah caruman yang dilaburkan ke dalam dana.
3 HUKK — Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal
4 APRP adalah dana risiko yang mana tabarru' (sumbangan) akan disalurkan yang bertujuan digunakan untuk sokongan dan bantuan bersama sekiranya Peserta ditimpa musibah.
Sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari sehingga 69 tahun layak dilindungi. Namun begitu, Peserta/Pemohon mesti berusia 16 tahun ke atas.
Berjumpa dengan Ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich yang Berhampiran

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Manfaat-manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad atau PIDM.
Zurich Takaful beroperasi di bawah prinsip Wakalah di mana Pengendali Takaful selaku agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan sekali bersama dengan caruman yang dibuat. Jumlah Tabarru’ akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP / Participant Risk Investment Account) di mana ia akan digunakan untuk membantu Peserta lain berdasarkan Konsep Takaful. Manfaat akan dibayar daripada APRP hanya untuk kerugian yang dilindungi, dan bukanlah semasa Sijil matang atau penyerahan Sijil. Lebihan pada setiap akhir tahun kewangan (jika ada) akan dikongsi di antara Peserta dan Zurich Takaful mengikut nisbah 50:50. Keuntungan daripada pelaburan yang diperolehi daripada Akaun Pelaburan Peserta (APP / Participant Investment Account) adalah berdasarkan kepada aset yang disandarkan dan Zurich Takaful akan mengenakan bayaran Yuran Wakalah Bi al-Istithmar (Yuran Wakil Pelaburan) untuk menguruskan aset tersebut. Risiko pelaburan di dalam APP ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai, tolak Yuran Wakalah Bi al-Istithmar seperti dinyatakan, akan kekal di dalam APP untuk manfaat Peserta. Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di dalam APP dengan pemegang saham.