
Lindungi Rumah dan Harta Benda Anda daripada Risiko Kebakaran – Takaful Kebakaran
Lindungi harta dan barangan anda daripada kerugian akibat kebakaran.
Walaupun pelbagai langkah boleh diambil untuk mencegah kebakaran, kejadian yang tidak diingini masih boleh berlaku tanpa diduga. Jika ia berlaku, kami bersedia membantu supaya kewangan anda tidak turut terjejas.
Takaful Kebakaran kami direka untuk melindungi kerugian atau kerosakan pada harta dan barangan peribadi akibat kebakaran, sambaran petir atau letupan gas yang digunakan bagi tujuan domestik.
Notis Penting mengenai Pengiraan Kos Takaful Kebakaran
Harta yang diinsuranskan / dilindungi secara tidak mencukupi untuk kebakaran boleh menyebabkan pampasan yang tidak mencukupi disebabkan oleh aplikasi klausa purata. Untuk mendapatkan anggaran perlindungan insurans / Takaful bagi harta anda (iaitu hartanah kediaman, rumah kedai sederhana dan pejabat kedai), anda boleh menggunakan Building Cost Calculator, yang dibangunkan bersama oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysia Takaful Association (MTA). Harap maklum bahawa kalkulator ini menyediakan anggaran kos pembinaan semula harta anda untuk tujuan penilaian sahaja, dan tidak menjamin jumlah sebenar yang mungkin kami setuju untuk melindungi harta anda.
Sijil takaful kebakaran ini melindungi kerugian atau kerosakan terhadap harta anda yang dilindungi, cth. kediaman peribadi anda dan kandungannya; yang disebabkan oleh kebakaran, kilat atau letupan peralatan domestik serta gas yang digunakan untuk tujuan domestik sahaja sepanjang tempoh perlindungan takaful.
Anda boleh melanjutkan manfaat sijil anda dengan menyumbang caruman tambahan bagi melindungi peril-peril berikut:
- Kerosakan disebabkan oleh pesawat udara
- Gempa bumi dan letusan gunung berapi
- Ribut, ribut kencang
- Banjir
- Letupan
- Kerosakan hentaman
- Pecahan atau limpahan peralatan tangki air atau paip
- Kebakaran belukar / lalang
- Tanah jerius dan tanah runtuh
- Rusuhan, mogok dan kerosakan akibat perbuatan berniat jahat
- Kerosakan akibat pokok tumbang ataupun dahan pokok dan objek lain
Nota: Anda perlu memperbaharui sijil takaful kebakaran setiap tahun.
Perlindungan ini adalah berdasarkan kos mengembalikan harta yang rosak atau menggantikannya dengan harta yang sama sepertimana keadaan semasa kerugian berlaku.
Untuk Harta Anda
Kos semasa bagi membina semula bangunan kepada bentuk asalnya, tolak potongan yang sewajarnya bagi penambahbaikan.
Penambahbaikan (betterment) adalah tambahan / perubahan kepada harta anda yang menyebabkan ia berada dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelum kejadian kebakaran, sebagai cth. pengubahsuaian dapur dengan kabinet yang lebih mahal daripada kabinet asal.
Untuk Barangan Peribadi Anda
Kos menggantikan item baru, tolak potongan susut nilai akibat haus dan lusuh. Barangan peribadi anda termasuk peralatan, perabot dan pakaian.
| JUMLAH PERLINDUNGAN | PENILAIAN |
| Melebihi RM 50 Juta | Penilaian Khas Jawatankuasa Penilaian Teknikal PIAM * akan menentukan penilaian khas tersebut |
| RM 10 Juta - RM 50 Juta |
Penilaian Kendiri Kadar caruman dikira oleh pihak Zurich menggunakan struktur penilaian kendiri seperti yang disediakan oleh PIAM* |
| Di Bawah RM 10 Juta | Penilaian Tarif Kadar caruman adalah mengikut Tarif Kebakaran yang Disemak Semula (berkuatkuasa 1hb Julai 2000) |
* Persatuan Insurans Am Malaysia
Nota: Caj-caj lain termasuk komisyen yang dibayar kepada ejen takaful, duti setem sebanyak RM 10.00 dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan berjumlah 6% daripada jumlah caruman.
Berjumpa dengan Ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich yang Berhampiran

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM yang boleh didapati di laman web Zurich General Takaful Malaysia atau di laman web PIDM.