QR_Takaful_ePayment

Simpan dengan bijak, tingkatkan simpanan anda dan nikmati perlindungan – Takaful ProAspire

Impian anda, aspirasi kami

Temui Takaful ProAspire, pelan simpanan pintar dengan manfaat perlindungan, pembayaran tunai, dan Ganjaran Kesetiaan untuk anda membina masa depan yang lebih cerah.
QR_Takaful_ePayment

Tingkatkan simpanan dan aksesibiliti anda dengan Akaun Simpanan

Maksimumkan simpanan anda dengan tambah nilai yang mudah, pilih antara tambah nilai berkala atau tidak berkala dan nikmati kebebasan mengakses dana dari Akaun Pelaburan Peserta (APP) atau Akaun Simpanan pada bila-bila masa yang anda perlukan. Dana yang anda laburkan ke dalam Akaun Simpanan tidak akan dikenakan caj Tabarru’ atau caj pengeluaran, bagi memastikan simpanan anda kekal selamat.
 


QR_Takaful_ePayment

Raikan pencapaian simpanan anda dengan Ganjaran Kesetiaan

Apabila sijil anda mencapai tempoh matang, anda akan menerima sejumlah pulangan sehingga 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas sebagai Ganjaran Kesetiaan. Nilai Akaun Pelaburan Peserta (APP) (jika ada) dan Nilai Akaun Simpanan (jika berkenaan) juga akan dibayar, membolehkan anda mencapai matlamat anda dengan yakin dan ketenangan fikiran.

Tempoh Perlindungan Ganjaran Kesetiaan
15 atau 21 Tahun 50% daripada Jumlah Perlindungan Asas
30 Tahun 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas

QR_Takaful_ePayment

Lihat simpanan anda bertambah dengan Pulangan Tunai

Pilih untuk menerima pulangan tunai yang berterusan sama ada setiap tahun atau setiap 3 tahun.

Setiap Tahun Sehingga 3.5% daripada Jumlah Perlindungan Asas
Setiap 3 Tahun Sehingga 12% daripada Jumlah Perlindungan Asas

Capai matlamat anda dengan simpanan bermanfaat, di mana anda boleh:

• Membantu memenuhi tuntutan agama: Depositkan pulangan tunai terus ke dalam akaun Tabung Haji:
• Menyumbang ke arah pencapaian matlamat pendidikan: Pindahkan pulangan tunai terus ke akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sedia ada;
Matlamat atau impian peribadi: Terima pulangan tunai terus ke akaun bank anda; atau
Kumpul untuk kestabilan kewangan masa depan: Labur semula pulangan tunai ke dalam Akaun Simpanan anda.


QR_Takaful_ePayment

Kekal dilindungi sehingga 300% daripada Jumlah Perlindungan Asas

Sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda, pelan ini akan memberikan perlindungan seperti berikut:


Kematian / Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) / Hilang Upaya Warga Emas (HUWE) 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas (JPA) + Nilai Akaun Pelaburan Peserta (APP) (jika ada)
Kematian akibat Kemalangan Manfaat Kematian + 100% daripada JPA
Kematian akibat Kemalangan semasa Menunaikan Haji atau Umrah Manfaat Kematian + 200% daripada JPA

QR_Takaful_ePayment

Dapatkan perlindungan berterusan seiring umur anda

Nikmati ketenangan fikiran dengan manfaat Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) sehingga berumur 75 tahun, di samping perlindungan Hilang Upaya Warga Emas (HUWE) yang berterusan.


QR_Takaful_ePayment

Pilihan fleksibel untuk perlindungan tanpa kebimbangan


Dengan pilihan tempoh perlindungan yang fleksibel selama 15, 21 atau 30 tahun, anda mempunyai pilihan untuk mencarum sama ada selama 5 tahun atau sepanjang tempoh perlindungan.

QR_Takaful_ePayment

Tingkatkan perlindungan anda


Perkukuhkan perlindungan anda sekiranya berlaku keadaan yang tidak dijangka dengan manfaat tambahan kami.

Imej_Stetoskop perubatan segi empat sama
Sesiapa sahaja yang berumur antara 14 hari dan 60 tahun (umur dicapai) layak untuk dilindungi. Peserta mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.

 Manfaat-manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad atau PIDM.