
Keselamatan Pembayaran yang Dipertingkatkan Akan Datang
Tokenisasi Pembayaran Akan Datang
Selaras dengan usaha berterusan kami untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda, kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa kami akan melaksanakan tokenisasi bagi pembayaran menggunakan kad dan pembayaran berulang.
Kami telah melantik FIUU (dahulunya dikenali sebagai Razer Merchant Services), penyedia perkhidmatan pembayaran yang dipercayai, bagi membantu pelaksanaan ciri keselamatan pembayaran yang dipertingkatkan ini. Ciri ini akan mula diperkenalkan 30 hari dari tarikh notis ini.
Apakah itu Tokenisasi?
Tokenisasi menjadikan maklumat pembayaran anda, seperti butiran kad, lebih selamat.
Daripada menyimpan nombor kad sebenar anda, sistem baharu kami akan menggantikannya dengan satu kod digital unik yang dikenali sebagai "token". Token ini hanya digunakan untuk transaksi anda dengan kami dan tidak boleh digunakan di tempat lain.
Bayangkan tokenisasi seperti meletakkan maklumat kad anda di dalam sampul yang berkunci. Sekiranya seseorang cuba mengaksesnya, mereka hanya akan melihat kod rawak yang tidak mempunyai sebarang makna. Maklumat kad sebenar anda kekal selamat dan dilindungi.
Bagaimanakah Anda Mendapat Manfaat?
| Keselamatan Dipertingkatkan: Maklumat kad anda dilindungi daripada penipuan dan akses tanpa kebenaran. | |
| Lebih Tenang: Walaupun token dicuri, maklumat kad sebenar anda kekal selamat dan tidak boleh digunakan oleh pihak lain | |
| Pembayaran yang Lancar: Sistem baharu ini beroperasi di belakang tabir, membolehkan anda terus membuat pembayaran seperti biasa tanpa sebarang langkah tambahan. | |
Rakan Pembayaran yang Dipercayai: FIUU ialah penyedia perkhidmatan pembayaran yang dipercayai dan berpengalaman, memastikan setiap transaksi diproses dengan selamat dan cekap. |
Apakah yang Anda Perlu Lakukan?
Anda tidak perlu mengambil sebarang tindakan. Semua urusan pembayaran sedia ada akan diteruskan seperti biasa.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, pasukan Khidmat Pelanggan kami sedia membantu.
E-mel: callcentre@zurich.com.my | |
Telefon: 1-300-888-622 (dalam Malaysia); +603-2109-7999 (luar Malaysia). | |
![]() | Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web korporat kami di zurich.com.my |
Terima kasih atas kepercayaan berterusan anda.
Kami komited untuk terus melindungi maklumat anda serta memberikan pengalaman perkhidmatan yang terbaik.
#LindungiSegalaPerkaraYangBermakna
Zurich Malaysia
Soalan Lazim
Kami akan melaksanakan proses tokenisasi bagi pembayaran menggunakan kad dan pembayaran berulang.
Kami telah melantik FIUU sebagai penyedia perkhidmatan pembayaran untuk membantu melaksanakan proses pembayaran yang dipertingkatkan melalui tokenisasi kad.
Tokenisasi ialah kaedah yang melindungi maklumat kad pembayaran anda. Daripada menyimpan nombor kad sebenar, sistem akan menggantikannya dengan kod digital unik yang dikenali sebagai "token". Token ini hanya digunakan untuk transaksi anda dengan kami dan tidak boleh digunakan di tempat lain.
Bagi meningkatkan keselamatan pembayaran, mengurangkan risiko penipuan dan melindungi maklumat pembayaran pelanggan dengan lebih baik.




