Zurich ValueLife Premier

Perlindungan Mampu Milik untuk Masa Depan Keluarga Anda

Untuk Wira dalam diri anda

Anda ialah wira kepada keluarga anda. Anda bekerja keras untuk menyediakan keperluan, membesarkan serta melindungi mereka. Namun, tiada siapa yang kebal daripada perkara yang tidak diduga. Adakah perlindungan anda mencukupi untuk memastikan insan tersayang terus terjamin sekiranya sesuatu berlaku kepada anda?
Perlindungan yang mencukupi tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi. Dengan Zurich ValueLife Premier, anda boleh menikmati jumlah perlindungan yang tinggi melalui pelan insurans berkaitan pelaburan dengan premium tetap yang mampu milik dan direka untuk menyesuaikan diri dengan keperluan hidup anda yang sentiasa berubah—sama ada menyambut kelahiran cahaya mata, membeli hartanah baharu atau merancang legasi untuk generasi akan datang.
Dengan Zurich ValueLife Premier, anda boleh melangkah ke hadapan dengan yakin kerana masa depan keluarga anda sentiasa terpelihara, walau apa jua yang berlaku.

Nota: Ini ialah produk insurans yang dikaitkan dengan prestasi aset asasnya dan BUKAN produk pelaburan tulen seperti unit amanah.

Imej_Untuk Gaya Hidup Anda Yang Sentiasa Berubah

Kuasa Wira Anda:

Perlindungan tinggi sehingga umur 100 tahun tanpa pemeriksaan perubatan*

Nikmati perlindungan menyeluruh untuk diri anda dan insan tersayang dengan pelan perlindungan bermula daripada RM500,000. Selain itu, anda boleh menikmati perlindungan sehingga RM4,000,000 tanpa pemeriksaan perubatan¹. Pilih tempoh perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda: perlindungan selama 20 tahun, atau perlindungan berterusan sehingga umur 70, 80 atau 100 tahun. Polisi anda juga akan dilanjutkan secara automatik² sehingga umur 100 tahun tanpa perlu melalui proses pengunderaitan.

1Bergantung pada umur dan keadaan kesihatan Hayat yang Diinsuranskan.

2Anda mungkin perlu membayar premium tambahan. Kami akan memaklumkan sekurang-kurangnya 3 bulan lebih awal sebelum lanjutan perlindungan berkuat kuasa, termasuk sebarang premium tambahan yang diperlukan.

Perlindungan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) sehingga RM10 juta

Pelan ini menyediakan perlindungan TPD sehingga RM10 juta bagi setiap Hayat yang Diinsuranskan.

Pendapatan TPD Tambahan selama 10 Tahun

Sekiranya anda mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) sebelum umur 70 tahun, anda akan menerima pendapatan TPD sebanyak 5% daripada Jumlah Diinsuranskan Semasa (Current Sum Assured – CSA) setiap tahun selama 10 tahun polisi.

Manfaat Penyakit Berjangkit

Sekiranya anda didiagnosis dengan mana-mana penyakit berjangkit yang disenaraikan sebelum umur 70 tahun, anda layak menerima bayaran sekaligus sebanyak RM10,000 bagi setiap penyakit berjangkit yang didiagnosis. Setiap penyakit hanya boleh dituntut sekali.

Penyakit Berjangkit
Umur 15 tahun dan ke bawahUmur 16 tahun dan ke atas
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)Demam Kepialu (Typhoid)
CampakEbola
Penyakit MeningokokusVirus Zika
BegukSindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS)
KoleraEnsefalitis Virus Nipah 
TuberkulosisInfluenza A (H7N9 & H5N1)
Hepatitis AMalaria


 

Nota: Sila rujuk kontrak polisi untuk definisi terperinci mengenai penyakit berjangkit yang dilindungi.

Lebih Kuasa (Power-Ups):

Perlindungan Hayat sehingga 500% daripada Jumlah Diinsuranskan Semasa (CSA)

Nikmati perlindungan sehingga 500% daripada Jumlah Diinsuranskan Semasa (Current Sum Assured – CSA) sekiranya berlaku kejadian berikut:

Jumlah Perlindungan Insurans
100% daripada CSAKematian atau TPD akibat semua punca
200% daripada CSAKematian atau TPD akibat kemalangan ketika balik kampung
300% daripada CSAKematian akibat kemalangan semasa menggunakan pengangkutan awam
400% daripada CSAKematian akibat kemalangan di luar Malaysia
500% daripada CSAKematian akibat kemalangan ketika menaiki pesawat


 

Sekiranya mana-mana kejadian di atas berlaku, manfaat yang dibayar adalah jumlah yang lebih tinggi antara Jumlah Perlindungan Insurans atau Nilai Akaun Pelaburan (Investment Account Value – IAV).


Jumlah Diinsuranskan Tambahan RM25,000 setiap 5 Tahun

Jumlah Asas Diinsuranskan anda akan meningkat sebanyak RM25,000 bagi setiap 5 tahun polisi tanpa sebarang caj insurans tambahan, sehingga maksimum RM100,000 bagi setiap polisi.


Jaminan Tidak Luput (No-Lapse) untuk 5 Tahun Pertama

Walaupun Nilai Akaun Pelaburan (IAV) anda tidak mencukupi untuk menampung kos insurans dan caj berkaitan akibat turun naik pasaran, polisi Zurich ValueLife Premier anda akan terus berkuat kuasa dan perlindungan kekal diteruskan.Premium (termasuk sebarang semakan premium yang diminta oleh Syarikat) hendaklah dibayar secara konsisten sebelum tarikh akhir pembayaran. Tiada pengeluaran dibuat daripada Nilai Akaun Pelaburan sepanjang 5 tahun polisi pertama.

Nota:
Sebarang perubahan kepada premium atau manfaat adalah tertakluk pada syarat yang ditetapkan oleh Syarikat bagi melayakkan anda menikmati Jaminan No-Lapse. Sila rujuk Lembaran Pendedahan Produk, ilustrasi jualan dan dokumen polisi untuk maklumat lanjut.


Fleksibiliti Memilih Tempoh Pembayaran Premium

Anda boleh memilih salah satu daripada tempoh pembayaran premium berikut:

5 tahun10 tahun20 tahunSepanjang tempoh polisi

Ganjaran dan Peluang Pelaburan

Sepanjang anda dilindungi di bawah Zurich ValueLife Premier, anda akan menerima Dividen Tahunan sebanyak 0.15% daripada purata harian Nilai Akaun Pelaburan (IAV) bagi tempoh satu tahun yang lalu. Di samping itu, anda juga boleh mengoptimumkan pelaburan melalui pelbagai pilihan dana Zurich tempatan dan antarabangsa yang berpotensi menjana pulangan pelaburan.


Pilihan untuk Menambah Perlindungan

Anda boleh meningkatkan tahap perlindungan dengan menambah rider berikut:

  • Payor Benefit Rider
  • Critical Care Essential
  • Critical Care Premium Waiver

Sila rujuk kontrak polisi untuk definisi terperinci mengenai penyakit berjangkit yang dilindungi.

Zurich ValueLife Premier

Anda layak menyertai pelan ini sekiranya berumur antara 30 hari hingga 70 tahun. Walau bagaimanapun, pemilik polisi mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.

Manfaat yang dibayar dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu dan perlindungan ke atas manfaat daripada bahagian unit tertakluk kepada had. Sila rujuk risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.