Zurich ValueLife

Perlindungan Fleksibel untuk Menjamin Masa Depan Keluarga Anda - Zurich ValueLife

Melindungi setiap detik berharga dalam kehidupan.

Di Zurich, kami memahami betapa pentingnya perlindungan agar insan tersayang dapat terus menikmati kehidupan walaupun anda tiada lagi bersama mereka. Oleh itu, kami memperkenalkan Zurich ValueLife – pelan unik yang menawarkan perlindungan menyeluruh dan fleksibel, dengan pelbagai pilihan rider seperti perlindungan penyakit kritikal, perubatan, pengecualian premium dan banyak lagi.

Nota: Ini ialah produk insurans yang dikaitkan dengan prestasi aset asasnya dan BUKAN produk pelaburan tulen seperti unit amanah.

Perlindungan Tinggi Sehingga 300% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan (BSA)

Zurich ValueLife menawarkan perlindungan sehingga 300% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan (Basic Sum Assured – BSA) sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti berikut:

Jumlah Perlindungan Insurans 100% daripada BSA + Nilai Akaun Pelaburan (Investment Account Value – (IAV)⁴Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)¹
200% daripada BSA + IAV4Kematian Akibat Kemalangan Semasa Menggunakan Pengangkutan Awam²
300% daripada BSA + IAV4Kematian Akibat Kemalangan di Luar Negara³


 

1 Perlindungan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) hanya sehingga umur 70 tahun Hayat yang Diinsuranskan.
2Sekiranya Hayat yang Diinsuranskan meninggal dunia dalam tempoh 365 hari dari tarikh kemalangan semasa menggunakan pengangkutan awam.
3 Sekiranya Hayat yang Diinsuranskan meninggal dunia dalam tempoh 365 hari dari tarikh kemalangan semasa berada di luar negara bagi perjalanan yang tidak melebihi 90 hari berturut-turut bagi setiap perjalanan.
4 Pemilik Polisi juga akan menerima Nilai Akaun Pelaburan (IAV), jika ada.

*Nota: Hanya manfaat tertinggi seperti yang dinyatakan di atas akan dibayar.

Keistimewaan Perlindungan Pasangan

Walaupun berdepan situasi yang tidak dijangka, pasangan anda masih boleh terus menikmati perlindungan. Sekiranya Hayat yang Diinsuranskan meninggal dunia, pasangan boleh membeli polisi hayat baharu dengan Jumlah Asas Diinsuranskan sehingga 50% daripada BSA tanpa perlu melalui pengunderaitan perubatan. Hayat yang Diinsuranskan boleh mendaftarkan pasangan pada bila-bila masa sepanjang tempoh polisi, dan pasangan hendaklah menggunakan keistimewaan ini dalam tempoh 6 bulan selepas kematian Hayat yang Diinsuranskan.

 

 

 

Manfaat No-Lapse untuk 5 Tahun Polisi Pertama

Ciri ini memastikan perlindungan anda kekal berkuat kuasa walaupun Nilai Akaun Pelaburan (IAV) menjadi sifar atau negatif akibat turun naik pasaran. Untuk menikmati manfaat ini premium (termasuk sebarang semakan premium yang diminta oleh kami) hendaklah dibayar secara konsisten sebelum tarikh akhir pembayaran. Tiada pengeluaran daripada Nilai Akaun Pelaburan (IAV) dibuat sepanjang 5 tahun polisi pertama.

Nota: 
Sebarang perubahan kepada premium atau manfaat adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh kami bagi melayakkan anda menikmati Manfaat No-Lapse. Tertakluk pada terma dan syarat.

 

 

 

 

 

 

Fleksibiliti untuk Melaraskan Tahap Perlindungan, Perlindungan Insurans dan Pelaburan

Zurich ValueLife memberi anda kawalan dan fleksibiliti untuk menyesuaikan tahap perlindungan, jumlah perlindungan serta premium pada bila-bila masa mengikut keperluan yang berubah. Anda juga boleh memilih tempoh perlindungan 20 tahun, atau perlindungan berterusan sehingga umur 70, 80 atau 100 tahun. Selain itu, tempoh polisi anda akan dilanjutkan secara automatik sehingga umur 100 tahun tanpa perlu melalui proses pengunderaitan.

*Anda mungkin perlu membayar premium tambahan. Kami akan memaklumkan kepada anda sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum lanjutan perlindungan berkuat kuasa, termasuk sebarang premium tambahan yang diperlukan.

Manfaat Kematangan

Bagi perlindungan selama 20 tahun atau perlindungan berterusan sehingga umur 70 atau 80 tahun, anda akan menerima baki Nilai Akaun Pelaburan (IAV) dalam akaun anda apabila polisi matang. Sekiranya polisi matang pada umur 100 tahun¹, anda akan menerima 100% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan (BSA); dan Baki Nilai Akaun Pelaburan (IAV) dalam akaun anda.

1 Anda mungkin perlu membuat premium tambahan (top-up) dari semasa ke semasa bagi memastikan perlindungan berterusan sehingga umur 100 tahun.

 

 

 

 

 


 

 

 


 

Zurich Valuelife_Bagaimana Ia Berfungsi

Zurich ValueLife terbuka kepada individu yang berumur antara 14 hari hingga 70 tahun (umur dicapai). Walau bagaimanapun, pemilik polisi mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.

Manfaat yang dibayar dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu dan perlindungan ke atas manfaat daripada bahagian unit adalah tertakluk kepada had tertentu. Sila rujuk risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.