
Zurich EduMax
Berikan permulaan terbaik untuk memaksimumkan potensi anak anda
Zurich EduMax ialah pelan simpanan yang direka untuk membantu mengembangkan dana pendidikan anak anda. Pelan ini menawarkan pulangan terjamin, ganjaran pada setiap pencapaian penting, pilihan pelaburan yang fleksibel serta perlindungan melalui manfaat tambahan Payor Benefit sebagai pilihan.
Rancang pendidikan anak anda dengan lebih mudah menggunakan Education Planner kami. Dapatkan anggaran kos pendidikan dengan pantas, terokai pilihan dana dan buat keputusan yang lebih yakin untuk masa depan mereka. Klik untuk mengakses Education Planner dan kenal pasti sebarang jurang pembiayaan.
Raikan setiap pencapaian dengan Ganjaran Pencapaian Tertinggi
Selain membantu mengembangkan simpanan anda, pelan ini turut meraikan kecemerlangan anak anda dengan ganjaran khas sehingga RM10,000, bermula dari tahun polisi ke-3.
Ganjaran Pendidikan: Ganjaran sekali sahaja bagi meraikan kecemerlangan akademik anak anda.
| Peperiksaan | Kategori Kelayakan 1: RM1,000 | Kategori Kelayakan 2: RM5,000 |
|---|---|---|
| Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | Minimum 5A | Minimum 9A |
| International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) | ||
| Unified Certified Exam – Senior Middle Level (UEC-SML) | ||
| Sijil Vokasional Malaysia (SVM) | CGPA keseluruhan 3.50 atau lebih tinggi | CGPA keseluruhan 3.80 atau lebih tinggi |
Ganjaran Sukan: Raikan kejayaan anak anda dalam setiap kategori sukan dengan ganjaran yang sewajarnya.
| Keperluan | Kategori | Jumlah Manfaat |
|---|---|---|
| Pemain negeri yang mewakili negeri di Malaysia | Kebangsaan | RM 1,000 |
| Pemain kebangsaan yang mewakili Malaysia | Antarabangsa | RM 4,000 |
Raikan Setiap Pencapaian dengan Ganjaran di Setiap Peringkat
Nikmati Bayaran Tunai Terjamin (Guaranteed Cash Payout - GCP)
Pilihan 1 – Bayaran GCP tahunan
Terima bayaran tahunan secara konsisten untuk membantu menampung yuran pengajian, pembelian buku dan keperluan pendidikan lain.
| Umur pada akhir tahun polisi / Bayaran Tunai Terjamin (GCP) Sekaligus Tambahan | Peratusan daripada Jumlah Asas Diinsuranskan yang Dipilih |
|---|---|
| Setiap tahun sehingga umur 21 | 4% |
| Umur 19 | 30% |
| Umur 20 | 60% |
| Umur 21 | 90% |
Pilihan 2 – Bayaran GCP sekaligus bermula pada umur 19 hingga 21 tahun
Pilih bayaran sekaligus yang lebih tinggi apabila diperlukan, bagi membantu membiayai perbelanjaan penting seperti melanjutkan pelajaran ke universiti.
| Umur pada akhir tahun polisi | Peratusan daripada Jumlah Asas Diinsuranskan yang Dipilih |
|---|---|
| Umur 19 | 60% |
| Umur 20 | 80% |
| Umur 21 | 120% |
Nikmati fleksibiliti dalam menerima GCP anda*:
- Dikreditkan ke dalam akaun bank anda, selepas ditolak sebarang amaun terhutang; atau
- Membiarkan GCP anda terkumpul pada kadar faedah yang ditentukan oleh Zurich; atau
- Melaburkan semula GCP anda ke dalam Akaun Pelaburan EduSaver, jika berkenaan.
*Kadar faedah bagi GCP yang dikumpulkan adalah tidak dijamin dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Untuk melihat kadar pulangan tahunan, sila rujuk Lembaran Pendedahan Produk dan ilustrasi jualan.
Dua Pembayar, Satu Laluan yang Terjamin dengan Manfaat Tambahan Payor Benefit
Lindungi dana pendidikan anak anda dengan manfaat tambahan pilihan ini dan nikmati manfaat berikut:
Pengecualian Premium – Premium masa hadapan akan dikecualikan sekiranya pembayar meninggal dunia, mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK), atau didiagnosis dengan Penyakit Kritikal yang dilindungi.
Faedah Bantuan ICU – Terima bayaran sekaligus bersamaan 12 bulan premium bagi membantu menampung premium masa hadapan sekiranya pembayar dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama lebih daripada 5 hari berturut-turut.
Perlindungan Dua Pembayar dengan Penjimatan Tambahan – Berikan perlindungan yang sama kepada kedua-dua ibu bapa untuk memastikan dana pendidikan anak anda terus terjamin walau apa jua yang berlaku. Selain itu, nikmati penjimatan 10% bagi premium rider pembayar kedua, menjadikan perancangan bersama lebih mudah dan berbaloi.
Pembantu Simpanan yang Terbina dalam Polisi Anda
Dengan Akaun Pelaburan EduSaver sebagai pilihan, anda boleh mengembangkan simpanan anda dengan lebih bijak melalui:
Melaburkan premium tambahan dalam pelbagai dana berkaitan pelaburan dalam dan luar negara, seperti Zurich US Edge Fund, Zurich Global Green Fund dan banyak lagi, untuk memaksimumkan potensi pertumbuhan pelaburan anda; atau
Meningkatkan potensi pulangan dengan melaburkan semula Bayaran Tunai Terjamin (Guaranteed Cash Payout - GCP) ke dalam akaun pelaburan khusus ini.
Perlindungan Kewangan Apabila Berlaku Perkara yang Tidak Dijangka
Sekiranya berlaku kejadian yang tidak dijangka dalam kehidupan, mana-mana manfaat berikut akan dibayar:
| Kelayakan | Tahun Polisi | Manfaat Dibayar |
|---|---|---|
| Manfaat Kematian (bukan akibat Kemalangan) | 2 tahun pertama | Jumlah: a. Jumlah premium asas yang telah dibayar, ditolak jumlah GCP yang telah diterima; b. GCP terkumpul (jika ada); ditolak sebarang amaun terhutang. |
| 3 tahun ke atas | Jumlah: a. Nilai tertinggi antara: - Jumlah Asas Diinsuranskan; atau - Jumlah premium asas tahunan yang telah dibayar, ditolak jumlah GCP yang telah diterima; atau - Nilai tunai terjamin; b. GCP yang terkumpul (jika ada) ditolak sebarang amaun terhutang. | |
| Manfaat Kematian (akibat Kemalangan) | Tahun pertama dan seterusnya |
Nota:
1. Semua manfaat adalah tertakluk pada terma dan syarat.
2. Sila rujuk Lembaran Pendedahan Produk dan dokumen polisi untuk maklumat lanjut.

Pelan ini terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 14 hari hingga 10 tahun (umur pada hari lahir yang telah dicapai). Walau bagaimanapun, pemegang polisi mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.
Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu dan perlindungan ke atas manfaat dari bahagian unit adalah tertakluk kepada had tertentu. Sila rujuk risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.
Produk Insurans Baharu Terbaik Tahun Ini (Malaysia) - Zurich EduMax
