Jurang Perlindungan Pendapatan

Jurang Perlindungan Pendapatan

Perlindungan pendapatan – keupayaan untuk memastikan jaminan kewangan walaupun berdepan situasi seperti penyakit jangka panjang, hilang upaya atau kematian – memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dan insan tersayang. Namun, masih ramai keluarga yang berdepan jurang perlindungan pendapatan, iaitu keadaan apabila tiada perlindungan kewangan yang mencukupi sekiranya pendapatan isi rumah berkurang atau terjejas akibat kejadian yang tidak dijangka. Cabaran ini berlaku di seluruh dunia dan semakin meningkat.

Apabila jangka hayat semakin panjang, kita perlu bersedia untuk menjana dan melindungi pendapatan sehingga usia 80-an atau 90-an. Pada masa yang sama, ramai dalam kalangan kita juga tergolong sebagai generasi sandwic, yang memikul tanggungjawab membesarkan anak-anak sambil menjaga ibu bapa yang semakin berusia. Walaupun simpanan peribadi, dana mandatori kerajaan (seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)) dan skim perlindungan sosial (seperti PERKESO dan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)) dapat membantu ketika menghadapi kesukaran, adakah ia mencukupi untuk membantu insan tersayang dalam jangka panjang?

Tahukah Anda?

Lebih 60% rakyat Malaysia hanya mempunyai simpanan yang mencukupi untuk bertahan kurang daripada 6 bulan sekiranya kehilangan pendapatan.

Sumber: Kajian Kuantitatif Income Protection Gap, Mac 2016, dijalankan oleh Epiphany RBC.

90% rakyat Malaysia yang mempunyai perlindungan insurans hayat masih tidak mempunyai perlindungan yang mencukupi, dengan jumlah perlindungan hanya bersamaan satu atau dua kali ganda pendapatan tahunan mereka.

Sumber: Jawatankuasa Promosi Industri Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), 2015.
 

Hanya 10.8% isi rumah bandar di Malaysia mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menghadapi "kejutan kewangan" akibat kehilangan pekerjaan, kemelesetan ekonomi, hilang upaya, kematian dan sebagainya.

Sumber: The Star, 2016

50% isi rumah bandar di Malaysia tidak mempunyai sebarang simpanan kewangan.

Sumber: Laporan State of Households II oleh Khazanah Research Institute.

Anda bekerja keras demi kesejahteraan dan masa depan keluarga. Namun, kehidupan boleh berubah tanpa diduga pada bila-bila masa. Adakah anda benar-benar bersedia?

 

Melindungi Perkara yang Paling Bermakna 

Di Zurich, kami menawarkan pelbagai pelan perlindungan untuk melindungi anda dan insan tersayang. Sama ada untuk anak-anak, pasangan mahupun ibu bapa, kami sedia membantu anda mendapatkan perlindungan yang sesuai.

Zurich ValueLife Premier

Untuk wira dalam diri anda.

Zurich ValueLife

Melindungi setiap detik berharga dalam kehidupan.

SeniorGold

Pelan dengan Penerimaan Terjamin yang memberikan perlindungan bernilai sepanjang usia emas anda.