Kehilangan Akibat Kebakaran Takaful

Lindungi Perniagaan Anda daripada Kerugian Akibat Kebakaran – Takaful Kehilangan Akibat Kebakaran

Lindungi kehilangan keuntungan perniagaan akibat kerosakan yang berpunca daripada kebakaran.

Kehilangan aset fizikal akibat kebakaran boleh memberi kesan kewangan yang besar kepada perniagaan anda. Takaful Kehilangan Akibat Kebakaran oleh Zurich direka khas untuk melengkapkan sijil Takaful Kebakaran anda.

Sijil ini memberi perlindungan kepada anda untuk kerugian ke atas untung kasar akibat penurunan dalam perolehan dan penambahan dalam kos kerja yang berpunca daripada gangguan perniagaan akibat bahaya yang dilindungi di bawah sijil kebakaran. Ia merangkumi:-

  • Perbelanjaan overhed berlarutan
  • Penambahan kos kerja
  • Kerugian keuntungan bersih
  • Upah pekerja

Anda boleh meluaskan perlindungan ke atas risiko berikut dengan sumbangan tambahan:-

  • Pembekal khusus
  • Pembekal bukan khusus
  • Pelanggan khusus
  • Pencegahan Jalan Masuk
  • Kemudahan awam
  • Penyakit berjangkit, pembunuhan, bunuh diri, serangga perosak, keracunan makanan atau minuman atau kerosakan sistem sanitasi

Tempoh perlindungan ialah selama setahun. Anda  perlu memperbaharui sijil Takaful anda setiap tahun.

Berjumpa dengan Ejen Zurich Takaful

Hantar pertanyaan untuk pertemuan ejen Zurich Takaful

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful Kami

Cari Cawangan Zurich yang Berhampiran

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM yang boleh didapati di laman web Zurich General Takaful Malaysia atau di laman web PIDM.