
Lindungi Perniagaan Anda daripada Tuntutan Pihak Ketiga – Takaful Liabiliti Awam
Lindungi perniagaan anda daripada liabiliti undang-undang.
Sijil ini menyediakan perlindungan terhadap liabiliti undang-undang Peserta kepada pihak ketiga yang timbul akibat kejadian tidak sengaja sepanjang Tempoh Takaful, berkaitan dengan operasi perniagaan Peserta dan dalam Had Wilayah yang ditetapkan.
Tempoh perlindungan ialah selama setahun. Anda perlu memperbaharui sijil Takaful anda setiap tahun.
Sijil ini melindungi kerugian dan kerosakan terhadap:
![]()
Kecederaan tubuh badan yang tidak disengajakan ke atas mana-mana individu yang bukan ahli isi rumah Peserta atau mana-mana individu yang berkhidmat atau berada dalam kontrak pekerjaan dengan Peserta.
![]()
Kerosakan yang tidak disengajakan ke atas harta bukan milik, jagaan, atau kawalan Peserta.
![]()
Sebarang perbelanjaan guaman yang ditanggung oleh Peserta untuk urusan pembelaan prosiding guaman beserta kebenaran bertulis daripada Pengendali Takaful.
Berjumpa dengan Ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich yang Berhampiran

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM yang boleh didapati di laman web Zurich General Takaful Malaysia atau di laman web PIDM.
Anda Mungkin Juga Berminat:

