
Perlindungan Fleksibel bagi Kematian & Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) – EZI Term
Bebas hutang. Rancang masa depan untuk insan tersayang.
Tiada siapa yang dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Oleh itu, inilah masanya untuk merancang perlindungan terbaik bagi diri anda dan insan tersayang. Kami sentiasa bersama anda dan keluarga ketika berdepan cabaran hidup, bagi membantu mengurangkan beban kewangan.
Dengan proses permohonan yang mudah, anda akan menikmati perlindungan kewangan segera sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK).
EZI Term – Dapatkan perlindungan anda dengan mudah dan pantas hari ini.
Notis Penting Mengenai Perlindungan Pendapatan
Perlindungan pendapatan – iaitu keupayaan untuk memastikan kestabilan kewangan walaupun berdepan situasi seperti penyakit berpanjangan, hilang upaya atau kematian – memainkan peranan penting dalam kehidupan anda dan orang tersayang. Namun begitu, masih terdapat jurang perlindungan pendapatan dalam kalangan banyak keluarga yang tidak mempunyai pampasan kewangan sekiranya berlaku pengurangan atau kehilangan pendapatan isi rumah akibat kejadian yang tidak dijangka. Untuk mendapatkan anggaran jumlah perlindungan insurans / takaful yang sesuai berdasarkan bajet dan keperluan anda, cuba gunakan Kalkulator Jurang Perlindungan dan Bajet.
Pilihan Perlindungan Sehingga RM500,000
Terdapat 6 pilihan untuk perlindungan daripada kejadian di luar jangkaan. Anda boleh memilih jumlah perlindungan asas yang paling sesuai untuk memastikan anda dan keluarga anda dilindungi sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan Kekal (HUKK) akibat semua sebab.

Tiada Pemeriksaan Kesihatan Diperlukan
Paling menarik, anda tidak perlu melakukan pemeriksaan kesihatan untuk mendapatkan perlindungan. Anda cuma perlu menjawab soal selidik yang mudah dan serahkan permohonan anda melalui talian.
Tempoh Perlindungan Yang Fleksibel
Anda boleh memilih tempoh perlindungan yang sesuai dengan keperluan dan situasi kewangan anda. Ciri-ciri fleksibel ini memastikan anda boleh merancang perlindungan supaya seiring dengan setiap peringkat hidup anda.

Sila gunak Kalkulator Bajet & Jurang Perlindungan untuk menentukan tahap perlindungan yang anda perlukan serta jumlah sumbangan yang mengikut kemampuan anda.
Langkah 1
![]()
Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan di bawah.
Langkah 2
![]()
Lengkapkan borang-borang yang berkaitan dan minta doktor anda untuk melengkapkan borang Pernyataan Doktor (jika berkaitan).
Langkah 4
![]()
Semak status tuntutan anda dengan menghubungi kami di 1-300-888-622 atau hantarkan pertanyaan anda kepada kami.
1. Borang Kenyataan Penuntut
2. Salinan Sijil Benar (CTC) NRIC / Pasport / Kad Kediaman Penuntut
3. Salinan Sijil Benar (CTC) Sijil Kematian
B. Dokumen tambahan (jika ada):
1. Salinan Sijil Benar (CTC) Sijil Perkahwinan (jika penuntut adalah pasangan) atau Sijil Kelahiran Penuntut (jika penuntut adalah anak) atau Sijil Kelahiran Si Mati (jika penuntut adalah ibu bapa) sebagai Bukti Hubungan
2. Kontrak Sijil Asal
3. Surat Kebenaran Asal (4 salinan)
4. Salinan Sijil Benar (CTC) laporan kematian di luar negara daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) - jika Orang Dilindungi meninggal dunia di luar negara
5. Surat Pentadbiran / Geran Probet / Perintah Pembahagian (terpakai untuk sijil tanpa penamaan)
6. Salinan Sijil Benar (CTC) NRIC / Pasport / Kad Kediaman Si Mati
C. Dokumen yang perlu dilengkapkan jika kematian disebabkan oleh penyakit atau punca semula jadi:
1. Borang Kenyataan Doktor
D. Dokumen yang perlu diserahkan jika kematian disebabkan oleh kemalangan:
1. Salinan Sijil Benar (CTC) Laporan Bedah Siasat / Koroner (untuk tempoh sijil kurang daripada 5 tahun dari Tarikh Pengeluaran atau Tarikh Pemulihan, yang mana lebih lewat)
2. Salinan Sijil Benar (CTC) Laporan Toksikologi, jika ada
3. Salinan Sijil Benar (CTC) Laporan Polis
4. Keratan Akhbar, jika ada (Sila terjemahkan ke Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia jika artikel tersebut bukan dalam salah satu daripada bahasa ini)
Berjumpa dengan Ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich yang Berhampiran

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Manfaat-manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad atau PIDM.
Sila rujuk surat dan Soalan Lazim di bawah untuk membantu anda memahami penawaran ini dengan lebih jelas.
Nota: Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Nota: Produk ini ialah produk perlindungan asas yang bertujuan menyediakan perlindungan bagi kejadian-kejadian yang dilindungi sahaja. Anda tidak seharusnya menjangkakan sebarang pulangan pelaburan sepanjang tempoh polisi atau apabila polisi matang. Produk ini diedarkan dan dijual tanpa melalui mana-mana perantara.