
Lindungi Rumah Anda dengan Takaful Z-HomeProtect
Rumahlah tempat lahirnya setiap kenangan bermakna.
Kenangan seperti sambutan hari lahir, menyambut kehadiran ahli keluarga baharu atau meluangkan masa bersama insan tersayang semuanya tercipta di rumah. Rumah yang anda diami serta segala isinya menyimpan pelbagai kenangan yang tidak ternilai.
Walaupun kenangan akan sentiasa kekal, rumah dan harta benda anda masih terdedah kepada pelbagai risiko yang boleh menyebabkan kerosakan atau kerugian. Dengan Takaful Z-HomeProtect , anda boleh mengurangkan beban kewangan supaya dapat memberi tumpuan kepada insan yang paling bermakna.
Ciri-ciri dan Manfaat Produk Takaful Z-HomeProtect
Sijil ini menawarkan perlindungan bagi kerugian atau kerosakan kepada bangunan dan/atau isi rumah anda yang digunakan semata-mata untuk tujuan kediaman akibat bencana yang disebutkan dalam sijil.
- Kebakaran, kilat, petir, kebakaran bawah tanah
- Letupan
- Pesawat dan peralatan udara lain dan/atau barangan yang jatuh daripadanya
- Rempuhan ke atas mana-mana bangunan oleh sebarang kenderaan jalan raya atau binatang yang tidak dimiliki atau di bawah kawalan Yang Diinsuranskan atau mana-mana ahli keluarganya
- Kepecahan atau limpahan tangki air, perkakas atau paip dalam rumah
- Kecurian namun hanya jika disertai dengan pecah masuk atau keluar bangunan secara kekerasan & keganasan atau percubaan melakukannya
- Ribut taufan, siklon, taufan & rebut angin
- Gempa bumi & letupan gunung berapi
- Banjir
- Rompakan dan tahan di dalam premis harta benda anda
Terdapat 2 seksyen dalam sijil takaful Z-HomeProtect Takaful. Anda boleh memilih untuk menyertai sama ada di bawah Seksyen 1 atau 2 atau kedua-dua Seksyen.

Berjumpa dengan Ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich yang Berhampiran

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Kami Sedia Membantu: Soalan Lazim
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM yang boleh didapati di laman web Zurich General Takaful Malaysia atau di laman web PIDM.