
Muat Turun Borang
Muat turun borang yang anda perlukan di sini.
Untuk Keselamatan Saya
Untuk Perjalanan Saya
Untuk Keluarga Saya
Untuk Hartanah & Aset Saya
Untuk Aset Saya
Untuk Pekerja Saya
Untuk Liabiliti Saya
Untuk Keuntungan Saya
Untuk Keselamatan Saya
Untuk Keluarga Saya
Untuk Hartanah & Aset Saya
Untuk Aset Saya
Untuk Pekerja Saya
Untuk Liabiliti Saya
Tuntutan Insurans Hayat Berkumpulan dan Individu
Anda perlu melampirkan dokumen tertentu untuk melengkapkan penghantaran tuntutan. Untuk maklumat lanjut, sila muat turun:
- Senarai Dokumen Diperlukan - Tuntutan Insurans Hayat Berkumpulan
- Senarai Dokumen Diperlukan - Tuntutan Insurans Hayat Individu
Tuntutan Kemalangan / Kemasukan ke Hospital
Tuntutan Kematian
Tuntutan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal
Tuntutan Penyakit Kritikal
Tuntutan Perubatan Takaful
Anda perlu melampirkan dokumen sokongan untuk melengkapkan penghantaran tuntutan anda. Sila rujuk senarai dokumen yang diperlukan di bawah:
| PERKHIDMATAN | PENERANGAN | KEPERLUAN |
|---|---|---|
| Penyerahan Hak Mutlak | Dengan mengemukakan notis bertulis yang memenuhi keperluan Syarikat, Pemilik Polisi boleh menyerahkan hak polisi ini pada pihak lain. Syarikat tidak akan dianggap mengetahui tentang sesuatu penyerahan hak melainkan dokumen asal atau salinan pendua penyerahan tersebut telah dikemukakan pada Syarikat. Apabila keseluruhan atau sebahagian wang polisi telah dicagarkan sebagai jaminan atau diserahkan hak pada seseorang, tuntutan pihak yang berhak di bawah jaminan atau penerima serah hak akan diberi keutamaan berbanding tuntutan penama, tertakluk pada hak di bawah jaminan atau penyerahan hak tersebut dikekalkan. Penerima serah hak yang dilantik mestilah seorang individu dewasa atau institusi kewangan / bukan kewangan yang diberi kuasa. Hubungan yang dibenarkan bagi Penyerahan Hak Mutlak Individu:
Korporat:
|
Individu
Bagi Korporat
|
| Perubahan Kaedah Pembayaran | Perubahan kaedah pembayaran dibenarkan pada tarikh premium berikutnya perlu dibayar. Bagi Arahan Tetap, Pemilik Polisi perlu memaklumkan pihak bank mengenai sebarang perubahan premium. |
|
| Perubahan Dana / Pengalihan Premium | Pilihan dana yang menerima pengagihan premium boleh diubah pada bila-bila masa. Fi pemprosesan sebanyak RM50 bagi setiap transaksi akan dikenakan melalui pembatalan unit, tertakluk pada pelan. Perubahan akan berkuat kuasa pada tarikh premium berkala berikutnya perlu dibayar. | |
| Perubahan Premium Berkala / Premium Lapisan | Premium berkala boleh diubah pada bila-bila masa dan perubahan akan berkuat kuasa pada tarikh premium berikutnya perlu dibayar. Jumlah minimum premium berkala atau premium lapisan ialah RM50. |
|
| Perubahan Tambahan Premium Berkala (MaxSaver) | Tambahan premium berkala boleh diubah pada bila-bila masa dan perubahan akan berkuat kuasa pada tarikh premium berikutnya perlu dibayar. Jumlah minimum tambahan premium berkala ialah RM10. |
|
| Perubahan Maklumat Hubungan | Pemilik Polisi boleh memohon untuk mengubah maklumat berikut:
|
|
| Perubahan Tandatangan | Sekiranya Pemilik Polisi ingin menggantikan tandatangan yang digunakan sebelum ini dengan tandatangan baharu, sama ada semasa permohonan atau ketika polisi masih berkuat kuasa, Pemilik Polisi boleh memohon perubahan tandatangan. | |
| Perubahan Maklumat Polisi Tanpa Pelarasan Premium | Pemilik Polisi boleh memohon untuk mengubah maklumat berikut:
|
|
| Pengurangan Jumlah Asas Diinsuranskan dan Jumlah Diinsuranskan Rider | Pemilik Polisi boleh memilih untuk mengurangkan Jumlah Asas Diinsuranskan atau Jumlah Diinsuranskan rider pada bila-bila masa. Perubahan akan berkuat kuasa pada tarikh premium atau caj insurans berikutnya perlu dibayar. |
|
| Pembatalan Rider | Rider pilihan yang dilampirkan pada polisi asas boleh dibatalkan pada tarikh premium atau caj insurans berikutnya perlu dibayar. |
|
| Penambahan Rider | Rider pilihan boleh ditambahkan pada polisi asas yang masih berkuat kuasa, tertakluk pada kelayakan dan peraturan Syarikat. Perubahan akan berkuat kuasa pada tarikh premium atau caj insurans berikutnya perlu dibayar. *Penambahan rider tertakluk pada penilaian pengunderaitan. |
|
| Peningkatan Jumlah Diinsuranskan Asas dan Rider | Pemilik Polisi boleh memilih untuk meningkatkan Jumlah Diinsuranskan asas atau rider beliau pada bila-bila masa. Perubahan akan berkuat kuasa pada tarikh Premium / Caj Insurans perlu dibayar yang berikutnya. *Peningkatan Jumlah Diinsuranskan tertakluk pada penilaian Pengunderaitan. |
|
| Tambahan Premium Tidak Berkala | Pemilik Polisi boleh membuat tambahan premium sekali sahaja ketika polisi bermula atau pada bila-bila masa selepas polisi dibeli. Sebarang premium tambahan akan diperuntukkan pada Dana Insurans Hayat Zurich seperti yang dinyatakan dalam Borang Permohonan Tambahan Premium. Tambahan premium tertakluk pada fi perkhidmatan sebanyak 5% dan fi tambahan sebanyak RM25 bagi setiap transaksi, bagi pelan tertentu. |
|
| Pelantikan Penama dan Pemegang Amanah | Pemilik Polisi boleh menamakan ahli keluarga atau rakannya untuk menerima manfaat polisi. |
|
| Pengeluaran Sebahagian | Pemilik Polisi diberikan fleksibiliti untuk membuat pengeluaran sebahagian daripada nilai terkumpul Akaun Pelaburan atau dividen terkumpul yang telah diisytiharkan sebelum polisi matang. i. Pelan Berkaitan Pelaburan Manfaat ini tertakluk pada jumlah minimum pengeluaran sebahagian dan baki minimum pelaburan yang perlu dikekalkan dalam Akaun Pelaburan. Fi pengeluaran sebahagian akan dikenakan dan ditolak daripada jumlah pengeluaran. Jumlah minimum pengeluaran, baki minimum pelaburan dan fi pengeluaran mungkin berbeza mengikut pelan. ii. Pelan Hayat Biasa Manfaat ini tertakluk pada jumlah minimum pengeluaran sebahagian sebanyak RM500 atau pengeluaran penuh jumlah dividen yang telah diisytiharkan. |
|
| Pengaktifan Semula Polisi | Sekiranya premium tidak dibayar selepas tamat tempoh ihsan dan polisi masih belum mempunyai nilai tunai, polisi dianggap telah luput. Polisi boleh diaktifkan semula dalam tempoh antara enam bulan hingga lima tahun dari tarikh luput, bergantung pada pelan. Nota: Tertakluk pada penilaian pengunderaitan. |
|
| Elaun SPM | Bagi pelan pendidikan yang layak menerima Elaun SPM, Pemilik Polisi boleh membuat tuntutan berdasarkan keputusan peperiksaan SPM atau kelayakan setaraf orang yang diinsuranskan. Tarikh kuat kuasa polisi mestilah sebelum tarikh peperiksaan dan polisi hendaklah kekal berkuat kuasa sehingga tarikh semasa. 3 hingga 5A: RM1,000 Manfaat dibayar bagi setiap hayat yang diinsuranskan. |
|
| Borang Pengesahan Kendiri Pemastautinan Cukai (Individu dan Entiti) | Terpakai pada individu atau entiti yang mengisytiharkan status cukai sebagai pemastautin cukai asing. |
|
| Pengisytiharan Warganegara Amerika Syarikat dan Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing (FATCA) | Terpakai pada individu atau entiti yang mengisytiharkan diri sebagai pemastautin atau pembayar cukai Amerika Syarikat. |
|
| Pertukaran Unit | Pemilik Polisi boleh mengarahkan Syarikat untuk menukar semua atau sebahagian unit yang diperuntukkan dalam Akaun Pelaburan daripada satu Dana Insurans Hayat Zurich kepada Dana Insurans Hayat Zurich yang lain. Pertukaran tersebut tertakluk pada fi, caj dan syarat yang boleh ditetapkan oleh Syarikat dari semasa ke semasa. Satu pertukaran percuma diberikan setiap tahun. Pertukaran seterusnya akan dikenakan fi pemprosesan sebanyak RM50 bagi setiap pertukaran melalui pembatalan unit. Fi pertukaran dikecualikan sekiranya Pemilik Polisi membuat pertukaran melalui MyZurichLife. |
|
| Kemas Kini Maklumat e-Invois | Pemilik Polisi boleh memohon untuk mengemas kini maklumat berkaitan e-Invois berikut:
|
|
| Borang Pengisytiharan Individu yang Diberi Kuasa dan Pemilik Benefisial | Entiti perniagaan perlu mengisytiharkan: Pemilik Benefisial, iaitu individu sebenar yang memiliki atau mengawal entiti; dan |
|
Nota:
1.Sila kunjungi cawangan ZTMB yang terdekat atau hubungi Perancang Kewangan anda untuk mendapatkan Lembaran Kerja Kelestarian Pelan Berkaitan Pelaburan.
2.Sekiranya anda menghantar borang melalui e-mel, anda mungkin perlu mengemukakan gambar swafoto sambil memegang bahagian hadapan Kad Pengenalan anda bagi tujuan pengesahan.
Borang Pembayaran Caruman
Klik di sini untuk melihat Terma & Syarat Debit Terus serta senarai bank yang menyertai Debit Terus, singkatan bank, perkhidmatan dan ketersediaan pembayaran.
Borang Permohonan Penyerahan Polisi
Harap maklum bahawa anda akan kehilangan manfaat di bawah polisi sekiranya polisi diserahkan atau ditamatkan. Oleh itu, kami menggalakkan anda untuk mempertimbangkan semula risiko sebelum meneruskan penyerahan polisi.
Sila kunjungi mana-mana cawangan kami untuk membuat keputusan yang lebih tepat kerana kami mungkin mempunyai penyelesaian alternatif untuk anda.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Panggilan kami di 1-300-888-622 atau e-mel ke callcentre@zurich.com.my untuk mendapatkan nasihat dan bantuan lanjut.
| PERKHIDMATAN | PENERANGAN | KEPERLUAN |
|---|---|---|
| Penyerahan Hak Mutlak | Dengan mengemukakan notis bertulis yang memenuhi keperluan Syarikat, Peserta boleh menyerahkan hak Sijil ini kepada pihak lain. Syarikat tidak akan dianggap mengetahui tentang sesuatu penyerahan hak melainkan dokumen asal atau salinan pendua penyerahan tersebut telah dikemukakan kepada Syarikat. Apabila keseluruhan atau sebahagian wang sijil telah dicagarkan sebagai jaminan atau diserahkan hak kepada seseorang, tuntutan pihak yang berhak di bawah jaminan atau penerima serah hak akan diberi keutamaan berbanding tuntutan penama, tertakluk kepada hak di bawah jaminan atau penyerahan hak tersebut dikekalkan. Penerima serah hak yang dilantik mestilah seorang individu dewasa atau institusi kewangan / bukan kewangan yang diberi kuasa. |
|
| Perubahan Kaedah Pembayaran Caruman | Perubahan kaedah pembayaran caruman dibenarkan pada tarikh caruman berikutnya perlu dibayar. Bagi Arahan Tetap, Peserta perlu memaklumkan pihak bank mengenai sebarang perubahan caruman. |
|
| Perubahan Dana / Pengalihan Caruman | Pilihan dana yang menerima pengagihan caruman boleh diubah pada bila-bila masa. Fi pemprosesan sebanyak RM50 bagi setiap transaksi akan dikenakan melalui pembatalan unit, tertakluk kepada pelan. Perubahan akan berkuat kuasa pada tarikh caruman berkala berikutnya perlu dibayar. |
|
| Perubahan Caruman Berkala | Caruman berkala boleh diubah pada bila-bila masa. Jumlah minimum caruman berkala ialah RM50. |
|
| Perubahan Tambahan Caruman Berkala (Takaful Saver) | Tambahan caruman berkala boleh diubah pada bila-bila masa. Jumlah minimum tambahan caruman berkala ialah RM10. |
|
| Perubahan Maklumat Hubungan | Peserta boleh memohon untuk mengubah maklumat berikut:
|
|
| Perubahan Tandatangan | Sekiranya Peserta tidak dapat menandatangani atau tidak mengingati tandatangan yang digunakan dalam borang permohonan, Peserta boleh memohon untuk menukar tandatangan. |
|
Perubahan Maklumat Sijil (Tanpa Pelarasan Caruman)
| Pemilik Sijil boleh memohon untuk mengubah maklumat berikut:
|
|
| Pengurangan Jumlah Asas Dilindungi dan Jumlah Dilindungi Rider | Peserta boleh memilih untuk mengurangkan Jumlah Asas Dilindungi atau Jumlah Dilindungi rider pada bila-bila masa. Perubahan akan berkuat kuasa pada tarikh caj takaful berikutnya perlu dibayar. | |
| Pembatalan Rider | Rider pilihan yang dilampirkan pada Sijil asas boleh dibatalkan pada tarikh caruman atau caj takaful berikutnya perlu dibayar. Walau bagaimanapun, rider pakej tidak boleh dibatalkan atas permintaan. | |
| Sijil Pendua (Kehilangan Sijil Asal) | Sekiranya kontrak Sijil hilang dan tidak dapat diperoleh semula atau musnah sepenuhnya, Peserta boleh memohon Sijil pendua. |
|
| Penambahan Rider | Rider pilihan boleh ditambahkan pada Sijil asas yang masih berkuat kuasa, tertakluk kepada kelayakan dan peraturan Syarikat. *Penambahan rider tertakluk kepada penilaian pengunderaitan. |
|
| Peningkatan Jumlah Asas Dilindungi dan Jumlah Dilindungi Rider | Peserta boleh memilih untuk meningkatkan Jumlah Asas Dilindungi atau Jumlah Dilindungi rider pada bila-bila masa. Perubahan akan berkuat kuasa pada tarikh caj takaful berikutnya perlu dibayar. *Peningkatan rider / Jumlah Dilindungi tertakluk kepada penilaian pengunderaitan. |
|
| Tambahan Caruman Tidak Berkala (Caruman Tambahan) | Peserta boleh membuat tambahan caruman sekali sahaja ketika Sijil bermula atau pada bila-bila masa selepas Sijil disertai. Sebarang caruman tambahan akan diperuntukkan kepada Dana Takaful Zurich seperti yang dinyatakan dalam Borang Permohonan Tambahan Caruman. Tambahan caruman tertakluk kepada fi perkhidmatan sebanyak 5% dan fi tambahan sebanyak RM25 bagi setiap transaksi, bagi pelan tertentu. |
|
| Penamaan (Hibah) | Hibah ialah pemberian wang sijil kepada insan tersayang yang dibuat semasa hayat Peserta / Pemilik Sijil. Ia merupakan pemberian harta kepada pihak lain tanpa mengharapkan sebarang balasan atau pertukaran, dengan pemindahan hak milik yang boleh dilaksanakan semasa hayat atau selepas kematian. Hibah boleh diberikan kepada ahli keluarga yang merupakan waris sah atau kepada individu yang tidak berhak menerima pusaka. Hibah terpakai kepada orang dewasa dan kanak-kanak serta kepada orang Islam dan bukan Islam. Bagi penerima hibah yang masih di bawah umur, Peserta perlu melantik seorang pemegang amanah dewasa. | |
| Penamaan (Wasi) | Wasi ialah penamaan yang dibuat oleh Peserta dengan tujuan melantik penama sebagai wasi atau pentadbir. Individu yang dinamakan hanya boleh bertindak sebagai pentadbir / wasi yang bertanggungjawab mengagihkan wang Orang yang Dilindungi kepada waris yang berhak mengikut: Hukum Faraid bagi orang Islam; atau Wasi boleh terdiri daripada individu dewasa atau pemegang amanah awam yang diberi kuasa. | |
| Pengeluaran Sebahagian | Peserta diberikan fleksibiliti untuk membuat pengeluaran sebahagian daripada nilai terkumpul Akaun Pelaburan Peserta (PIA) sebelum Sijil matang. Manfaat ini tertakluk kepada: Jumlah minimum pengeluaran sebahagian sebanyak RM500 Jumlah minimum pengeluaran sebahagian dan baki minimum pelaburan mungkin berbeza mengikut pelan. Fi Pengeluaran Sebahagian sebanyak RM50 bagi setiap pengeluaran akan dikenakan dan ditolak daripada jumlah pengeluaran. | |
| Pengaktifan Semula Sijil | Sekiranya caruman tidak dibayar selepas tamat tempoh ihsan dan Sijil masih belum mempunyai nilai tunai, Sijil dianggap telah luput. Sijil boleh diaktifkan semula dalam tempoh antara enam (6) bulan hingga lima (5) tahun dari tarikh luput, bergantung pada pelan. Nota: Tertakluk kepada penilaian pengunderaitan. Fi pengaktifan semula sebanyak RM50 bagi setiap transaksi akan dikenakan, tertakluk kepada pelan. |
|
| Elaun SPM | Bagi pelan Takafulink Education, Peserta layak membuat tuntutan Elaun SPM berdasarkan keputusan peperiksaan SPM. Tarikh kuat kuasa Sijil mestilah sebelum tarikh peperiksaan dan Sijil hendaklah kekal berkuat kuasa sehingga tarikh semasa. 5A – RM500 |
|
| Pertukaran Unit (Pemindahan Unit) | Peserta boleh mengarahkan Syarikat untuk menukar semua atau sebahagian unit yang diperuntukkan dalam Akaun Pelaburan daripada satu Dana Takaful Zurich kepada Dana Takaful Zurich yang lain. Pertukaran tersebut tertakluk kepada fi, caj dan syarat yang boleh ditetapkan oleh Syarikat dari semasa ke semasa. Satu pertukaran percuma diberikan setiap tahun. Pertukaran seterusnya akan dikenakan fi pemprosesan sebanyak RM50 bagi setiap pertukaran melalui pembatalan unit. Fi pertukaran dikecualikan sekiranya Peserta membuat pertukaran melalui MyZurichLife. |
|
| Borang Pengesahan Kendiri Pemastautinan Cukai (Individu dan Entiti) Penerangan | Individu atau Entiti yang mengisytiharkan status cukai sebagai Pemastautin Cukai Asing.Terpakai kepada individu atau entiti yang mengisytiharkan status cukai sebagai pemastautin cukai asing. | |
| Pengisytiharan Warganegara Amerika Syarikat dan Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing (FATCA) | Terpakai kepada individu atau entiti yang mengisytiharkan diri sebagai pemastautin atau pembayar cukai Amerika Syarikat. |
|
| Persetujuan untuk Maklumat Pemasaran & Promosi | Peserta boleh memberikan persetujuan kepada Syarikat untuk memproses data peribadi bagi tujuan pemasaran. | |
| Kemas Kini Maklumat e-Invois | Peserta boleh memohon untuk mengemas kini maklumat berkaitan e-Invois berikut:
|
|
| Borang Pengisytiharan Individu yang Diberi Kuasa dan Pemilik Benefisial | Entiti perniagaan perlu mengisytiharkan: Pemilik Benefisial, iaitu individu sebenar yang memiliki atau mengawal entiti; dan |
|
Nota:
1.Sila kunjungi cawangan ZTMB yang terdekat atau hubungi Perancang Kewangan anda untuk mendapatkan Lembaran Kerja Kelestarian Pelan Berkaitan Pelaburan.
2.Sekiranya anda menghantar borang melalui e-mel, anda mungkin perlu mengemukakan gambar swafoto sambil memegang bahagian hadapan Kad Pengenalan anda bagi tujuan pengesahan.
Borang Pembayaran Caruman
Klik di sini untuk melihat Terma & Syarat Debit Terus serta senarai bank yang menyertai Debit Terus, singkatan bank, perkhidmatan dan ketersediaan pembayaran.
Tuntutan Takaful Keluarga Berkumpulan dan Individu
Tuntutan Kemalangan / Kemasukan ke Hospital
Tuntutan Kematian
Tuntutan Penyakit Kritikal
Tuntutan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal
Tuntutan Perubatan Takaful
Anda perlu melampirkan dokumen sokongan untuk melengkapkan penghantaran tuntutan anda. Sila rujuk senarai dokumen yang diperlukan di bawah: