
Melabur untuk Masa Depan Bebas Hutang – Zurich ValueLife Pluz
Rancang Masa Depan Bebas Hutang
Zurich ValueLife Pluz ialah pelan berkaitan pelaburan (investment-linked) yang menggabungkan perlindungan kewangan dan pelaburan dengan tempoh perlindungan selama 30 tahun. Anda boleh memilih tempoh pembayaran premium, jumlah asas diinsuranskan serta gabungan dana yang sesuai mengikut keperluan simpanan, perlindungan kewangan dan pengumpulan kekayaan anda.
Nota: Ini ialah produk insurans yang dikaitkan dengan prestasi aset asasnya dan BUKAN produk pelaburan tulen seperti amanah saham.
Perlindungan tinggi sehingga 300% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan (BSA)
Nikmati perlindungan menyeluruh terhadap kejadian yang tidak diingini.
| 100% daripada BSA + Nilai Akaun Pelaburan (IAV)⁴ | Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)¹ |
| 300% daripada BSA + IAV⁴ | Kematian Akibat Kemalangan Semasa Menggunakan Pengangkutan Awam² |
| Kematian Akibat Kemalangan Semasa Di Luar Negara³ |
1 Perlindungan TPD adalah sehingga umur 70 tahun Hayat yang Diinsuranskan.
2 Sekiranya Hayat yang Diinsuranskan meninggal dunia dalam tempoh 365 hari dari tarikh kemalangan ketika menggunakan pengangkutan awam.
3 Sekiranya Hayat yang Diinsuranskan meninggal dunia dalam tempoh 365 hari dari tarikh kemalangan semasa berada di luar negara, bagi perjalanan yang tidak melebihi 90 hari berturut-turut bagi setiap perjalanan.
4 Pemilik Polisi juga akan menerima Nilai Akaun Pelaburan (Investment Account Value - IAV), jika ada.
Nota: Hanya manfaat tertinggi seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas akan dibayar.
Anda Mengawal Pelan Insurans Anda
Anda boleh memilih tempoh pembayaran premium selama 5 tahun, 10 tahun atau 20 tahun untuk menikmati perlindungan selama 30 tahun, serta melabur dalam pelbagai pilihan dana mengikut tahap toleransi risiko anda.
Sekiranya anda mempunyai lebihan dana, anda boleh membuat tambahan untuk meningkatkan nilai pelaburan. Jika memerlukan wang ketika kecemasan, anda juga boleh membuat pengeluaran daripada Nilai Akaun Pelaburan (IAV).
Selain itu, polisi anda akan dilanjutkan secara automatik* bagi membolehkan perlindungan diteruskan sehingga umur 100 tahun tanpa perlu menjalani pengunderaitan semula apabila tempoh perlindungan 30 tahun tamat.
*Anda mungkin perlu membayar premium tambahan. Zurich akan memaklumkan kepada anda mengenai lanjutan automatik ini serta sebarang premium tambahan yang perlu dibayar sekurang-kurangnya 90 hari lebih awal.
Keistimewaan Perlindungan Pasangan
Manfaat ini membolehkan pasangan kepada Hayat yang Diinsuranskan memohon polisi hayat baharu sehingga 50% daripada BSA, tertakluk pada had maksimum RM500,000, tanpa pengunderaitan perubatan, sekiranya Hayat yang Diinsuranskan meninggal dunia.
Nota: Tertakluk pada terma dan syarat.
Rider Pilihan untuk Menambah Perlindungan
Tambahkan mana-mana rider berikut bagi menikmati perlindungan yang lebih menyeluruh:
- Rider Penyakit Kritikal
- Rider Manfaat Pembayar
- Rider Pengecualian Premium
Manfaat Kematangan
Apabila polisi matang, anda akan menerima manfaat berikut.
| Umur Matang | Manfaat Kematangan |
| Sebelum umur 100 tahun | Nilai Akaun Pelaburan (IAV) |
| Umur 100 tahun | 100% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan (BSA) + IAV |
Nota: Anda mungkin perlu membuat premium tambahan dari semasa ke semasa bagi memastikan perlindungan berterusan.
Jaminan Polisi Tidak Luput untuk 5 Tahun Polisi Pertama
Ciri ini memastikan perlindungan anda terus berkuat kuasa walaupun Nilai Akaun Pelaburan (IAV) menjadi sifar atau negatif akibat turun naik pasaran.
Untuk menikmati manfaat ini premium hendaklah dibayar secara konsisten pada atau sebelum tarikh akhir pembayaran; sebarang semakan premium dan tambahan berkala yang disyorkan oleh Zurich hendaklah dipatuhi; dan tiada pengeluaran dibuat dalam tempoh 5 tahun polisi pertama.
Nota: Sebarang perubahan kepada premium atau manfaat adalah tertakluk pada syarat yang ditetapkan oleh Zurich bagi melayakkan anda menikmati Jaminan Polisi Tidak Luput. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Zurich ValueLife Pluz terbuka kepada sesiapa yang berumur antara 14 hari hingga 70 tahun. Walau bagaimanapun, pemilik polisi mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.
Manfaat yang dibayar dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu dan perlindungan ke atas manfaat daripada bahagian unit adalah tertakluk kepada had tertentu. Sila rujuk risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.