
Pelan Mampu Milik dengan Pendapatan Harian Hospital & Perlindungan Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) – Takaful MediCash
Perlindungan pendapatan untuk membantu anda sepanjang proses pemulihan.
Penyakit atau kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan mengakibatkan tempoh kemasukan ke hospital yang panjang. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan pendapatan serta menambah beban kewangan kepada anda dan keluarga.
Takaful MediCash ialah pelan perlindungan pendapatan yang tunggal dan mampu milik. Pelan ini menawarkan Pendapatan Harian Hospital, Pendapatan Bulanan sekiranya mengalami Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) akibat kemalangan serta Elaun Ihsan bagi membantu melindungi anda daripada kehilangan pendapatan. Pelan patuh Syariah ini membantu memastikan anda dan keluarga terus mendapat bantuan kewangan apabila aliran pendapatan terganggu.
Notis Penting Mengenai Perlindungan Pendapatan
Perlindungan pendapatan memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan kewangan anda dan keluarga sekiranya berlaku penyakit berpanjangan, hilang upaya atau kematian. Namun, masih ramai keluarga yang berdepan jurang perlindungan pendapatan apabila tiada pampasan kewangan sekiranya pendapatan isi rumah berkurangan atau terjejas akibat kejadian yang tidak dijangka.
Untuk mendapatkan anggaran jumlah perlindungan insurans atau takaful yang sesuai berdasarkan bajet dan keperluan anda, cuba Kalkulator Jurang Perlindungan dan Bajet.
Liputan dan Manfaat Produk Takaful MediCash
Kurangkan ketidaktentuan dalam kehidupan menerusi pelan ini.
Faedah Pendapatan Harian untuk Penghospitalan
Kami akan memberikan pampasan untuk menggantikan pendapatan anda semasa anda tidak dapat bekerja. Pampasan sehingga RM400 sehari akan dibayar semasa tempoh penghospitalan tanpa mengira jenis penyakit atau kecederaan. Selain itu, sekiranya anda perlu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi atau High Dependency Unit, anda akan menerima Manfaat Pendapatan Harian untuk Penghospitalan berganda. Pelan ini juga memberikan Manfaat Pendapatan Harian untuk Penghospitalan di luar negara.
Elaun Ihsan
Kurangkan ketidaktentuan dalam kehidupan melalui pelan ini. Keluarga tersayang anda akan menerima Elaun Ihsan sehingga RM20,000 sekiranya anda tidak lagi berada di sisi mereka.
Diskaun Tiada Tuntutan
Manfaat Pendapatan Bulanan untuk Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) akibat Kemalangan
Cabaran hidup adalah sukar untuk dijangka tetapi anda boleh menyediakan payung sebelum hujan. Dengan Takaful MediCash, Manfaat Pendapatan Bulanan untuk HUKK akibat Kemalangan sehingga RM2,000 sebulan akan dibayar kepada Orang Yang Dilindungi yang mengalami HUKK akibat Kemalangan.
Anda boleh memilih salah satu daripada pelan berikut untuk memenuhi keperluan anda.
| Manfaat | Pelan 100 | Pelan 200 | |
| Pendapatan Harian1 | |||
| Manfaat Pendapatan Harian untuk Penghospitalan | RM100 sehari | RM200 sehari | |
| Manfaat Pendapatan Harian untuk Penghospitalan di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau High Dependency Unit (HDU) atau di hospital luar negara | RM200 sehari | RM400 sehari | |
| Pendapatan Bulanan | |||
|
Manfaat Pendapatan Bulanan untuk Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) akibat Kemalangan2 (Sehingga 120 bulan bagi setiap Sijil) |
RM1,000 sebulan | RM2,000 sebulan | |
| Elaun Ihsan3 | |||
| Elaun Ihsan | RM10,000 | RM20,000 | |
| Diskaun Tiada Tuntutan4 | |||
| Diskaun Tiada Tuntutan | 20% Caruman Tahun Sijil Semasa | ||
Nota:
1Manfaat yang dibayar adalah tertakluk kepada:
i. Had gabungan 4 kali kemasukan Hospital setiap Ulang Tahun Sijil dan 730 hari bagi penginapan di hospital sepanjang tempoh perlindungan.
ii. Manfaat Pendapatan Harian untuk Penghospitalan akan dibayar bagi setiap hari penginapan di hospital sehingga 60 hari bagi setiap Tahun Sijil.
iii. Manfaat Pendapatan Harian untuk Penghospitalan di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau High Dependency Unit (HDU) atau di hospital luar negara akan dibayar bagi setiap hari Penginapan di Hospital sehingga 60 hari bagi setiap Tahun Sijil.
iv. Manfaat Pendapatan Harian untuk Penghospitalan tidak akan dibayar untuk tempoh berada di hospital yang sama di mana Manfaat Pendapatan Harian untuk Penghospitalan di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau High Dependency Unit (HDU) atau di hospital luar negara dibayar.
2 Manfaat ini akan dibayar sehingga 120 bulan sekiranya berlaku Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) ke atas Orang Yang Dilindungi dalam masa 365 hari selepas tarikh Kemalangan. Semua manfaat dan caruman di bawah pelan ini akan ditamatkan sebaik sahaja selepas dengan segera selepas permulaan tarikh HUKK akibat Kemalangan.
3 Elaun Ihsan akan dibayar secara sekali gus apabila Orang Yang Dilindungi meninggal dunia.
4 Sekiranya tiada tuntutan diluluskan dalam Tahun Sijil yang lepas, Diskaun Tiada Tuntutan bersamaan 20% caruman bagi caruman Tahun Sijil semasa akan diberikan.
Langkah 1
![]()
Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan di bawah.
Langkah 2
![]()
Lengkapkan borang-borang yang berkaitan dan minta doktor anda untuk melengkapkan borang Pernyataan Doktor (jika berkaitan).
Langkah 4
![]()
Semak status tuntutan anda dengan menghubungi kami di 1-300-888-622 atau hantarkan pertanyaan anda kepada kami.
1. Borang Kenyataan Penuntut
2. Salinan Diakui Sah (CTC) Kad Pengenalan Baru / Pasport / Kad Residen Penuntut
3. Borang Tuntutan Hilang Upaya Kekal (Bahagian B - Kenyataan Doktor)
4. Laporan Pemeriksaan Neurologi
B. Dokumen-dokumen tambahan (jika ada):
1. Salinan Diakui Sah - Laporan Kesihatan berkenaan yang lain
2. Salinan Diakui Sah- Surat Pengeluaran KWSP, jika berkenaan
3. Salinan Diakui Sah - Surat Tawaran SOCSO/ SOCSO “Keputusan Jemaah Doktor Mengenai Keilatan”, jika berkenaan
4. Surat Kebenaran asal (4 salinan)
5. Kontrak Polisi asal
6. Salinan Diakui Sah - Surat Penamatan Pekerjaan, jika berkenaan
C. Dokumen-dokumen yang perlu dihantar jika hilang upaya akibat kemalangan:
1. Salinan Diakui Sah - Laporan Polis
2. Potongan Akhbar, jika ada (sila terjemahkan kepada Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia jika artikel asal adalah dalam bahasa berlainan)
Jika anda ingin menghubungi kami mengenai tuntutan anda atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di 1-300-888-622 atau hantarkan pertanyaan anda kepada kami.
Nota Penting:
1. CTC – Certified True Copy (Salinan Diakui Sah)
2. Untuk memudahkan pemprosesan, sila hantarkan semua dokumen yang diperlukan kepada kami.
3. Salinan dokumen-dokumen mesti disahkan oleh Pegawai Zurich Takaful/ Hakim/ Majistret/ Peguamcara.
4. Senarai dokumen keperluan bagi Tuntutan Takaful berfungsi sebagai garis panduan bagi penghantaran tuntutan. Syarikat berhak untuk meminta maklumat atau dokumen lanjut jika perlu.
- Helaian Fakta Takaful MediCash (ENG)
- Helaian Fakta Takaful MediCash (BM)
- Soalan Lazim Takaful MediCash (ENG)
- Soalan Lazim Takaful MediCash (BM)
- Helaian Pendedahan Produk Takaful MediCash [Contoh] (ENG)
- Helaian Pendedahan Produk Takaful MediCash [Contoh] (BM)
- Perkataan Sijil Takaful MediCash [Contoh] (ENG)
- Perkataan Sijil Takaful MediCash [Contoh] (BM)
Berjumpa dengan Ejen Zurich Takaful
Cari Cawangan Zurich yang Berhampiran
Hubungi Pusat Panggilan Zurich



Manfaat-manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad atau PIDM.
Zurich Takaful beroperasi di bawah prinsip Wakalah di mana Pengendali Takaful selaku agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan sekali bersama dengan caruman yang dibuat. Jumlah Tabarru’ akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP / Participant Risk Investment Account) di mana ia akan digunakan untuk membantu Peserta lain berdasarkan Konsep Takaful. Manfaat akan dibayar daripada APRP hanya untuk kerugian yang dilindungi, dan bukanlah semasa Sijil matang atau penyerahan Sijil. Lebihan pada setiap akhir tahun kewangan (jika ada) akan dikongsi di antara Peserta dan Zurich Takaful mengikut nisbah 50:50. Keuntungan daripada pelaburan yang diperolehi daripada Akaun Pelaburan Peserta (APP / Participant Investment Account) adalah berdasarkan kepada aset yang disandarkan dan Zurich Takaful akan mengenakan bayaran Yuran Wakalah Bi al-Istithmar (Yuran Wakil Pelaburan) untuk menguruskan aset tersebut. Risiko pelaburan di dalam APP ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai, tolak Yuran Wakalah Bi al-Istithmar seperti dinyatakan, akan kekal di dalam APP untuk manfaat Peserta. Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di dalam APP dengan pemegang saham.
Nota: Produk ini ialah produk perlindungan asas yang bertujuan menyediakan perlindungan bagi kejadian-kejadian yang dilindungi sahaja. Anda tidak seharusnya menjangkakan sebarang pulangan pelaburan sepanjang tempoh sjiil atau apabila sijil matang. Produk ini diedarkan dan dijual tanpa melalui mana-mana perantara.