Takaful 3asyCare

Perlindungan Penyakit Kritikal Segera Sehingga Umur 80 Tahun – Takaful 3asyCare

Perlindungan yang anda perlukan ketika berdepan saat-saat kritikal dalam hidup.

Setiap tahun, semakin ramai rakyat Malaysia didiagnosis dengan penyakit kritikal. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa dan memberi kesan emosi serta kewangan kepada anda dan insan tersayang. Takaful 3asyCare ialah pelan penyakit kritikal yang menyediakan perlindungan sehingga Orang yang Dilindungi mencapai umur 80 tahun.

Bagi memberikan bantuan kewangan tambahan, Manfaat Penjagaan Khas (10% daripada Jumlah Perlindungan Asas) akan dibayar dalam tempoh 1 hari bekerja*.

*Tertakluk pada penerimaan set lengkap dokumen yang diperlukan sebelum jam 2.00 petang.

Notis Penting Mengenai Perlindungan Pendapatan

Perlindungan pendapatan memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan kewangan anda dan keluarga sekiranya berlaku penyakit berpanjangan, hilang upaya atau kematian. Namun, masih ramai keluarga yang berdepan jurang perlindungan pendapatan apabila tiada pampasan kewangan sekiranya pendapatan isi rumah berkurangan atau terjejas akibat kejadian yang tidak dijangka. 

Untuk mendapatkan anggaran jumlah perlindungan insurans atau takaful yang sesuai berdasarkan bajet dan keperluan anda, cuba Kalkulator Jurang Perlindungan dan Bajet.

Pelan Takaful 3asyCare akan meringankan beban kewangan anda apabila anda memerlukannya. Dapatkan perlindungan segera untuk 3 penyakit kritikal yang paling kerap didiagnosis di Malaysia.

Perlindungan Asas yang Penting

Perlindungan Sehingga Umur 80 Tahun

Sokongan Kewangan Tambahan

Pelan kami menyediakan perlindungan untuk 3 jenis Penyakit Kritikal yang paling kerap didiagnosis – Serangan Jantung, Angin Ahmar dan Kanser.

Memberi perlindungan sehingga umur 80 tahun dengan Jumlah Asas Perlindungan setinggi RM100,000.

Nikmati pembayaran tambahan dengan tuntutan Manfaat Penjagaan Khas1 yang bersamaan dengan 10% Jumlah Asas Perlindungan.

Cepat & Mudah

Caruman Berpatutan

Tuntutan Dalam Masa Satu Hari

Permohonan mudah tanpa memerlukan pemeriksaan perubatan atau soal selidik yang panjang.

Direka mengikut kemampuan anda. Dapatkan perlindungan serendah RM0.50 sehari.

Menerima Manfaat Penjagaan Khas dalam masa satu (1) hari bekerja2.

Nota:
1Manfaat Penjagaan Khas hanya untuk bukan perokok sahaja.
2Tuntutan Manfaat Penjagaan Khas dalam masa satu (1) hari bekerja dengan serahan dokumen lengkap yang berkenaan sebelum pukul 2 petang.

Anda boleh pilih salah satu daripada pelan berikut untuk memenuhi keperluan anda.

Silver Gold
Tempoh Perlindungan Sehingga umur 80 tahun
Umur Penyertaan (tarikh lahir yang sebelum) Minimum 18 tahun
Maksimum 50 tahun
Perlindungan Penyakit Kritikal
  • Serangan jantung
  • Strok
  • Serangan jantung
  • Strok
  • Kanser
Jumlah Asas Perlindungan Opsyen 1: RM50,000
Opsyen 2: RM100,000
Manfaat Penjagaan Khas1 10% daripada Jumlah Asas Perlindungan     Takaful 3asyCare

Jika Orang Yang Dilindungi menghidapi mana-mana Penyakit Kritikal yang dilindungi, 100% Jumlah Asas Perlindungan akan dibayar dengan tambahan 10% Jumlah Asas Perlindungan sebagai Manfaat Penjagaan Khas.

Nota:
1Manfaat Penjagaan Khas untuk bukan perokok sahaja.

*Tuntutan Manfaat Penjagaan Khas dalam masa satu (1) hari bekerja dengan serahan dokumen lengkap yang berkenaan sebelum pukul 2 petang.

Pelan ini terbuka untuk sesiapa yang berumur antara 18 tahun hingga 50 tahun (tarikh lahir yang sebelum).

Untuk menamakan penerima manfaat, sila isi Borang Penamaan dan hantar borang ini ke cawangan Zurich yang berdekatan

Langkah 1

submit

Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan di bawah.

Langkah 2

Step 2

Lengkapkan borang-borang yang berkaitan dan minta doktor anda untuk melengkapkan borang Pernyataan Doktor (jika berkaitan).

Langkah 3

full documents

Pastikan semua borang telah dilengkapkan dan hantar ke cawangan Zurich yang berdekatan.

Langkah 4

Email

Semak status tuntutan anda dengan menghubungi kami di 1-300-888-622 atau hantarkan pertanyaan anda kepada kami.

A. Dokumen-dokumen yang diperlukan:
1. Borang Kenyataan Penuntut
2. Salinan Diakui Sah (CTC) - Kad Pengenalan Baru / Pasport / Kad Residen Penuntut
3. Soal Selidik Perubatan Sulit atau Soal Selidik Tuntutan Hidup (muat turun SATU daripada borang-borang berikut yang berkaitan dengan penyakit anda)

4. Salinan Diakui Sah - Laporan Pengimejan Diagnostik/ Selepas Pembedahan yang berkenaan

5. Salinan Diakui Sah - Laporan Histopatologi / Histologi (bagi tuntutan Kanser sahaja)


B. Dokumen-dokumen tambahan (jika ada):
1. Salinan Diakui Sah - Laporan Kesihatan berkenaan yang lain 
2. Kontrak Polisi asal
3. Surat Kebenaran asal (4 salinan)

Jika anda ingin hubungi kami tentang tuntutan anda atau ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di 1-300-888-622 atau hantarkan pertanyaan anda kepada kami.

Nota Penting:
1. CTC – Certified True Copy (Salinan Diakui Sah)
2. Untuk memudahkan pemprosesan, sila hantarkan semua dokumen yang diperlukan kepada kami.
3. Salinan dokumen-dokumen mesti disahkan oleh Pegawai Zurich Takaful/ Hakim/ Majistret/ Peguamcara.
4. Senarai dokumen keperluan bagi Tuntutan Takaful berfungsi sebagai garis panduan bagi penghantaran tuntutan. Syarikat berhak untuk meminta maklumat atau dokumen lanjut jika perlu.

Berjumpa dengan Ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich yang Berhampiran

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Hantar pertanyaan untuk pertemuan Ejen Zurich Takaful
Cari Cawangan Zurich Terdekat Anda
Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful Kami

Manfaat-manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad atau PIDM.

Zurich Takaful beroperasi di bawah prinsip Wakalah di mana Pengendali Takaful selaku agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan sekali bersama dengan caruman yang dibuat. Jumlah Tabarru’ akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP / Participant Risk Investment Account) di mana ia akan digunakan untuk membantu Peserta lain berdasarkan Konsep Takaful. Manfaat akan dibayar daripada APRP hanya untuk kerugian yang dilindungi, dan bukanlah semasa Sijil matang atau penyerahan Sijil. Lebihan pada setiap akhir tahun kewangan (jika ada) akan dikongsi di antara Peserta dan Zurich Takaful mengikut nisbah 50:50. Keuntungan daripada pelaburan yang diperolehi daripada Akaun Pelaburan Peserta (APP / Participant Investment Account) adalah berdasarkan kepada aset yang disandarkan dan Zurich Takaful akan mengenakan bayaran Yuran Wakalah Bi al-Istithmar (Yuran Wakil Pelaburan) untuk menguruskan aset tersebut. Risiko pelaburan di dalam APP ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai, tolak Yuran Wakalah Bi al-Istithmar seperti dinyatakan, akan kekal di dalam APP untuk manfaat Peserta. Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di dalam APP dengan pemegang saham.

Nota: Produk ini ialah produk perlindungan asas yang bertujuan menyediakan perlindungan bagi kejadian-kejadian yang dilindungi sahaja. Anda tidak seharusnya menjangkakan sebarang pulangan pelaburan sepanjang tempoh polisi atau apabila polisi matang. Produk ini diedarkan dan dijual tanpa melalui mana-mana perantara.